MEMBACA BUKANNYA MELAFAZ:
SUATU KESILAPAN YANG TIDAK DAPAT DISANGKAL
SUATU KESILAPAN YANG TIDAK DAPAT DISANGKAL
Kajian oleh: MURID FURQAN MAC 2007
Dengan Nama Allah (SWT), yang Maha
Pemurah lagi Maha Penyayang
Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi
Muhammad (SAW), para sahabat dan kaum keluarganya.
Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi
Muhammad (SAW), para sahabat dan kaum keluarganya.
MUKADIMAH
Majoriti
besar umat Islam di-abad ke-21 kini telah kabur di persimpangan jalan
dalam mencari pedoman / petunjuk. Semuanya disebabkan oleh kesilapan yang tidak
sengaja, yang terjadi pada masa lampau, melalui usaha dan amal terutamanya
tokoh-tokoh Agama, tanpa disedari, menyebabkan pemikiran umat Islam
terbuntu. Inilah pandangan saya, apabila saya menganalisa bentuk kelakuan,
sikap dan pemikiran orang Islam di sekeliling saya, rakan-rakan Muslim termasuk
kaum keluarga dan sanak-saudara.
Saya pernah
terbabit dalam penyelidikan dan pengurusan bidang Kejuruteraan Elektrik dan
Tenaga selama lebih 30 tahun walaupun tidak sepenuhnya. Dengan latar belakang
Peyelidikan & Pembangunan (R&D), saya teringat suatu ketika dahulu
ketika saya cuba
memahami makna Hakikat Kewujudan Diri dan Alam dari kedua-dua perspektif Sains
dan Islam. Bagaimanapun, sepanjang pengajian bidang ini yang memakan masa lebih
25 tahun, saya menemui beberapa perkara yang menakjubkan iaitu, norma-norma
yang tidak sihat telah tertanam dalam ruang minda umat Islam dirantau ini.
Keadaan ini menjadi lebih jelas apabila saya membaca terjemahan AI-Quran. Saya
bukan berbangsa Arab dan saya tidak tahu bahasa Arab tetapi saya mendapat
pengetahuan tentang AI-Quran menerusi terjemahan Al-Quran dalam bahasa Inggeris
dan bahasa Melayu.
Soalan Pertama: Apakah yang saya lihat dalam minda
umat Islam? Malangnya, amat sukar untuk mengetahui di sebaliknya, melainkan apa
yang digambarkan melalui perwatakkan, sikap dan tingkah laku kebanyakan umat
Islam secara umum. Semuanya tidak melambangkan yang positif. Dengan sedemikian
saya beranggapan perkara ini disebabkan oleh cara kita melatih minda kita dan
anak-anak kita dan cara orang-orang tua kita melatih kita. Sebagai
mukadimahnya, saya menyatakan bahawa tiga aspek penting untuk umat Islam
belajar al-Quran adalah MELAFAZ, MEMBACA dan MEMAHAMInya, tetapi sayang,
tidak dilakukan dan diseimbangkan dengan sebaik-baiknya. Inilah pembuntu minda
orang Islam yang terbesar! Oleh itu, apakah maksudnya dan apakah yang
sepatutnya kita lakukan - Bacalah seterusnya!
SEBAB-SEBAB
Dalam
sistem pembelajaran tradisional seisi rumah dan masyarakat Islam, berkaitan
dengan AI-Quran, perkara "MELAFAZ tanpa MEMAHAMI" memang
merupakan perkara biasa sejak berkurun lama. Kaedah pembelajaran AI-Quran
seperti ini telah mempengaruhi umat Islam sejak kecil sehingga dewasa yang
menyebabkan terciptanya budaya burung kakak tua di kalangan umat Islam. Saya
berani menyatakan di sini bahawa tiadanya KEFAHAMAN semasa MELAFAZ mempunyai
pengaruh yang kuat dan negatif tehadap budaya umat Islam, interaksi dan
amalan sosial mereka, dan sebagainya.
Dalam
banyak abad, bahasa Arab adalah bahasa umum di dalam dunia Islam, Kedatangan
serangan hebat penjajahan menyebabkan bahasa ini hampir pupus dan hanya
digunakan di beberapa buah negara yang tidak terjejas akibat penjajahan.
Bagaimanapun, dalam rumah orang Islam, bahasa Arab masih kekal dalam bentuk
Al-Quran, Kitab Suci Allah(SWT). AI-Quran adalah kitab yang dipelihara oleh Allah(SWT)
dan masih kekal keseluruhan isi kandungannya tanpa berubah dalam teks bahasa
Arab yang asal sejak lebih 1,400 tahun.
Sebenarnya,
daripada 1.2 bilion umat Islam di dunia pada hari ini, bayi di kecualikan,
semua daripada mereka boleh melafaz AI-Quran sedikit sebanyak. Setiap rumah
orang Islam mempunyai senaskah AI-Quran atau lebih, diletakkan di atas rak atau
almari atau di dalam laci. Setiap hari AI-Quran dibuka dan dilafaz. Sembahyang
(solat) umat Islam juga dilafaz dalam bahasa Arab kerana kebanyakkan bacaan
dalam solat adalah daripada Al-Quran. Malahan doa (selepas solat) juga dilafaz
dalam bahasa Arab. Sebahagian besar khutbah adalah dalam bahasa Arab. Oleh itu
dari segi istilah MELAFAZ, Al-Quran adalah satu-satunya kitab yang amat
dilafaz di dunia ini. Tiada yang setanding dengannya.
IRONINYA
Al-Quran
adalah petunjuk daripada Rabul Jalil untuk seluruh Umat Manusia dan
Jin. lanya adalah suatu rahmat daripada Allah. Al-Quran merupakan kitab
panduan yang mengandungi cara hidup untuk diikuti oleh semua umat Islam dan
mereka yang percaya kepada Pencipta yang Maha Esa,
Memetik
ayat-ayat Jaripada AI-Quran:
·
AI-Quran itu tidak lain hanyalah petunjuk bagi semesta
Alam. (Quran: At Takwir : 27)
Semasa
AI-Quran mula diturunkan, perkataan pertama adalah “lqra” yang bermaksud
"Bacalah". Al-Quran merupakan kitab pedoman / petunjuk bagi
semua umat manusia dan dengan itu bahasa bukanlah penghalang bagi memahami isi
kandungannya. Bagaimana jika ia berlaku sebaliknya? Tidak diragui lagi bahawa
bahasa pertama AI-Quran ialah bahasa Arab (dan masih kekal sehingga sekarang)
dan malah ia dalam bentuk bahasa yang indah / Arab klasik. Malangnya,
terjemahan AI-Quran dibuat terlalu lewat. Orang Arab tidak menghiraukan untuk
menterjemahkan AI-Quran. Mengapa mereka perlu berbuat demikian? Kerana
kebanyakkan negara bertamadun pada masa yang lampau menggunakan bahasa Arab,
Oleh itu, mereka membiarkan bukan bangsa Arab yang menterjemahkannya. Pada hari
ini, AI-Quran mempunyai terjemahan dalam hampir setiap bahasa di dunia. Tetapi
ironinya, majoriti umat Islam percaya kepada kesucian AI-Quran hanya apabila
AI-Quran di dalam bahasa Arab, dan dengan itu mereka tidak begitu menghiraukan
terjemahannya. Hal ini selanjutnya dibesarkan Iagi terutama oleh para sarjana
Arab, dan guru-guru agama (yang terlatih dalam bahasa Arab) yang mempunyai agak
sangat sedlikit perhatian dan timbang rasa terhadap jemaah mereka yang tidak
memahami bahasa Arab. Sebahagian besar ceramah dan khutbah mereka, mereka hanya
merapu dalam bahasa Arab.
Soalon kedua: Berapa ramaikah umat Islam memahami
ajaran yang dibawa oleh AI-Quran atau tahu untuk mengamalkan panduan hidup
seperti yang terdapat di dalamnya? Ini merupakan soalan yang paling menarik!
Secara
purata umat Islam percaya sepenuhnya kepada Al-Quran, bahawa ia adalah Kitab
Wahyu dan melafaznya setiap hari bermakna mendapat pahala daripada Raja
Sekelian Alam. Tetapi perkataan "MEMBACA telah disalah faham ertinya
dengan perkataan "MELAFAZ" dan dengan demikian, berkurun-kurun
lamanya melafaz AI-Quran telah menjadi kebiasaan sehingga ramai umat Islam,
lupa untuk MEMBACAnya. Tidak hairanlah, pada hari ini, ramai ahli tahfiz
(mereka yang menghafal AI-Quran) tidak tahu apa yang mereka hafalkan dan
bacakan walaupun setelah bertahun-tahun kononnya belajar Al-Quran.
Jelas bahawa
semasa bahasa Arab dituturkan oleh majoriti umat Islam, istilah melafaz hampir
sama maknanya dengan membaca. Apabila seseorang itu melafazkannya, memahami
juga apa yang di lafaz. Bagaimanapun, pada hari ini, dengan ketiadaan bahasa
Arab sebagai bahasa kedua, MELAFAZ sahaja dalam bahasa Arab, bermaksud
tiada ruang bagi seseorang untuk memahami ajaran-ajaran didalam Kitab Suci
AI-Quran. Lebih buruk lagi, tiada apa yang boleh difahami tentang ajaran-ajaran
AI-Quran untuk digunakan sebagai panduan dalam hidup umat Islam.
(Catatan:
kurang daripada ¼ umat Islam di dunia
terdiri daripada bangsa Arab dan bukan semua orang Arab boleh memahami bahasa
AI-Quran yang indah / klasik).
Tidak
hairanlah bahawa umat Islam pada hari ini berada dalam pergolakkan. Hanya
segelintir dari mereka yang mengendahkan terjemahan AI-Quran tetapi sebahagian besar
daripada umat Islam pada hari ini telah hilang pedoman / petunjuk dan haluan
yang asal. Mereka mempunyai buku panduan yang agung, yang di buka setiap
hari, mereka melafaz ayat-ayatnya dalam solat don doa, tetapi mereka sukar
memahaminya sejak MELAFAZ menjadi norma dalam pembelajaran AI-Quran.
Mari kita
lihat kembali AI-Quran sebagai pedoman / pertunjuk. Kita perhatikan apa yang
diperkatakan di dalam AI-Quran tentang memahaminya.
·
Bahkan yang di dustakan mereka itu ialah AI-Quran (Al-Buruj
:21) yang tersimpan dalam Lauh Mahfuz. (AI-Buruj :22)
·
Kitab AI-Quran ini, tidak ada keraguan padanya; petunjuk
bagi orang-orang yang bertaqwa. (AI-Baqarah :2)
·
Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Quran ataukah
hati mereka terkunci? (Quran: Muhammad : 24)
·
Orang-orang yang telah Kami berikan Al-Kitab kepadanya,
mereka membacanya dengan bacaan sebenarnya, mereka itu beriman kepadanya; Dan barang sesiapa yang ingkar
kepadanya, maka mereka itulah orang-orang yang rugi, (Quran:AI-Baqarah : 121)
·
Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan AI-Quran untuk
pengajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran? (Quran: AI-Qamar: 17, 32, 40)
Fikir
dan Renungkan:
Boleh di katakan ramai umat Islam meyimpan banyak ayat-ayat AI-Quran dalam
memori mereka yang maknanya mereka tidak faham. Dengan kata lain, keadaan ini
sangat menyerupai cakera keras komputer yang penuh dengan data-data yang tidak
boleh diguna. Dalam istilah komputer, kita katakan "keadaan ini
membazirkan ruang penyimpanan", tetapi bagi manusia saya tidak tahu
kesannya sedemikian. Umat Islam mungkin satu-satunya golongan manusia di dunia
pada hari ini yang dimuat dengan data-data (ayat-ayat A!-Quran) yang tidak
dapat di resapkan ke dalam amalan seharian !
APAKAH YANG TERJADI?
Kita lihat
persekitaran umat Islam pada masa ini. Di dalam setiap rumah orang Islam,
generasi mudanya diajar mengenali abjad Arab. Kemudian mereka beralih kepada melafaz
ayat-ayat AI-Quran. Dengan itu, mereka hanya tahu bagaimana untuk melafaz.
Tiada satu pun perkataan Arab yang difahami atau ditafsirkan kepada mereka.
Jika adapun, pengetahuan mereka tentang ayat dalam bahasa Arab hanya dalam
bentuk lisan, sama ada betul atau tidak. Apabila anak-anak ini membesar,
mereka akan “membaca" Al-Quran keseluruhannya seperti burung kakak tua.
Mereka juga diajar untuk bersolat (mendirikan sembahyang), berdoa, berpuasa,
dan sebagainya mengikut amalan-amalan yang ditetapkan dalam Islam, namun
sedikit sahaja yang diajar makna ayat-ayat AI-Quran. Normanya: Al-Quran hanya
untuk DILAFAZ. Perkataan MEMBACA walau bagaimanapun tidak
digunakan dalam keadaan ini. Dari itu manakah datangnya amalan ini? Hanya Allah
(SWT) yang tahu !
Dari zaman
kanak-kanak ke zaman remaja, seterusnya ke zaman dewasa, kemudian ke usia
tua, purata umat Islam tidak memahami AI-Quran langsung! Mereka hanya
mengikut fi’il burung kakak tua. Mereka tidak tahu ajaran-ajarannnya secara
langsung daripada Kitab Suci AI-Quran, tetapi medapat panduan menerusi
pembacaan buku-buku lain dan mendengar daripada Mulla, atau ustaz-ustaz yang sebaik
mungkin menyampaikan ajaran-ajaran AI-Quran. Kenyataannya, apa yang mereka
belajar daripada AI-Quran, adalah sekeluniit dan secebis sahaja melalui tekaan
dan mungkin penuh dengan salah faham yang tidak dapat dielakkan. Apakah yang
anda dapat dengan hanya mendengar dan kebanyakan yang didengar adalah daripada
sumber-sumber yang boleh diragui? Pemesongan ilmu agama terdapat dalam
banyak bentuk.
Masalah
yang kita hadapi ialah orang Islam tidak memahami Al-Quran, dan disamping itu
menganggap bahawa mereka mengetahui ajaran-ajaran yang terkandung di dalamnya,
tetapi sebenarnya tidak! Sebenarnya sebahagian besar umat Islam adalah jahil
dalam memahami AI-Quran. Pada hakikatnya, apabila mereka kembali menemui
Allah (SWT), hanya sedikit yang mereka tahu tentang ajaran Al-Quran dan
perutusannya. Mereka taat kepada agama mereka, tetapi dengan cara yang jahil.
Mereka sepatutnya mampu memahami ajaran Al-Quran dengan sepenuhnya, tetapi
secara tidak sengaja mereka amat cetek dalam ilmu pengetahuannya. Adakah minda
mereka telah ditutup atau pun hati mereka terkunci ?
Dan
berkatalah Rasulullah (SAW): "Ya Tuhankul Sesungguhnya kaumku
menjadikan AI-Quran ini suatu yang tidak di endahkan." (Quran: AI-Furqan
: 30)
Adakah
patut Al-Quran menjadi "sesuatu yang tidok diendahkan" bagi
umat Islam? Kita, kononnya membaca kandungannya setiap hari, tetapi kita tidak
tahu apakah maksud yang kita baca!
Setiap
orang Islam yang akil baligh mesti berkeinginan untuk mengetahui AI-Quran dan
memahami ajaran yang terkandung di dalamnya serta membuat amalan yang baik
mengikut ajaran Islam. Bagaimanakah seseorang itu boleh memahami sesuatu
perkara jika jejaknya ibarat burung kakak tua, yang cuba untuk memahami
perkataan-perkataan yang diungkapkan dalam bahasa manusia? Inilah "buta
huruf" yang paling tidak nyata. Sepanjang berkurun-kurun berlalu kesalahan
menggunakan perkataan "MELAFAZ" bagi “MEMBACA” masih
berterusan sehingga ke hari ini.
BAGAIMANAKAH UMAT ISLAM HARI INI?
Dengan tidak
menggunakan AI-Quran sebagai Pedoman / Petunjuk dan memahami kandungannya dan
meletakkannya sebagai asas kepada kehidupan, berikut adalah hasilnya:
·
Daripada 1.2 bilion umat Islam di dunia, lebih daripada 1/3
adalah buta huruf (mungkin lebih daripada 1 bilion buta AI-Quran).
·
Majoriti umat Islam di seluruh dunia hidup dalam kemiskinan.
·
Dalam kebanyakan negara Islam, budayanya masih berasaskan
budaya perkauman dan tradisi perkauman turun-temurun. Undang-undang perkauman
diambil sebagai "undang-undang Islam" dan ia mengalahkan
undang-undang AI-Quran. Mereka yang berilmu daripada sesuatu kaum itu akan
mengisytiharkan bahawa undang-undang perkauman mereka adalah undang-undang
Islam sebenar. (Adat dijunjung, Agama disinggong)
·
Kejadian rasuah paling tinggi berlaku di negara-negara
Islam.
·
Kejadian rogol dan sumbang mahram paling tinggi berlaku
dalam kalangan masyarakat Islam.
·
Penganiayaan terhadap wanita semakin menjadi-jadi. Budaya
dan sikap cauvinis telah membawa ke arah gejala ini. Sekali lagi kepercayaan yang
salah umat Islam bahawa "inferiornya" kaum wanita selama berabad-abad
adalah bercanggah dengan apa yang dinyatakan di dalam AI-Quran.
·
Penganiayaan terhadap kanak-kanak juga menjadi-jadi. Selain
wanita, kanak-kanak lelaki juga digunakan untuk tujuan seks liwat, yang
menggambarkan ciri-ciri budaya umat yang “jahil".
·
Membunuh sesama umat Islam dalam peperangan yang tidak
diisytiharkan. Membunuh umat manusia yang tidak berdosa di mana-mana tempat di
dunia atas nama Islam adalah ciri-ciri kehidupan hari ini,
Umat Islam
pada hari ini sangat keliru. Kitab Pedoman / petunjuk telah menjadi kitab yang "virtual"
hanya untuk dilafaz dan bukan dibaca dan difahami. Ajaran AI-Quran telah selesai
diturunkan melalui Wahyu, malangnya proses sebaran Wahyu yang agung terhenti
dengan datangnya bahasa dunia yang baru. Secara metaforanya, ayat-ayat
AI-Quran telah lenyap, bukan daripada muka surat Kitab Suci tersebut, tetapi daripada
minda ramai umat Islam. Mengapa tidak, apabila setiap baris AI-Quran yang
mereka lafaz, tiada suatu pun makna yang masuk ke minda mereka? Bukan itu
sahaja, umat Islam menyimpan dalam memori mereka setiap ayat AI-Quran, seperti
kanak-kanak yang mengingati lagu kanak-kanak tetapi tidak pernah mengetahui
makna lagu tersebut. Bagaimanakah mereka boleh meresapkan pengetahuan ilmu
AI-Quran ke dalam kehidupan harian mereka dan berpegang kepada prinsip yang
terkandung di dalamnya?
ADAKAH UMAT ISLAM MENGETAHUI
AJARANNYA?
Umat Islam
pada hari ini ialah umat Islam keturunan. Islam pada masa sekarang ialah agama
yang diwariskan daripada ibu bapa kepada anak-anak dan kepada cucu-cucu dan seterusnya.
Cara hidup Islam kemudian diturunkan melalui lisan daripada generasi tua, Mulla
dan Ustaz (guru agama) menenerusi pengajaran di rumah, surau clan masjid. Selama
berabad-abad, ajaran yang berlainan telah menjalar kedalam ajaran Islam. Ini
adalah disebabkan oleh faktor alim ulama' tempatan yang tidak boleh mengongkong
keinginan nafsu dan juga kejahilan umat Islam yang tidak memberi perhatian yang
benar terhadap AI-Quran.
Memetik
AI-Quran:
·
Sesungguhnya (agama tauhid) ini adalah agama kamu semua,
agama yang satu dan Akulah Tuhanmu; maka bertakwalah kepadaKu.
·
Kemudian mereka (pengikut rasul-rasul itu) mejadikan
agama mereka berpecah-belah mejadi beberapa pecahan, tiap-tiap golongan merasa
bangga bergembira dengan apa yang ada pada mereka (masing masing).
·
Maka biarkanlah mereka dalam kesesatannya itu sampai
suatu waktu. (Quran:AI-Mu'minun : 52- 54)
Kesimpulannya,
ramai umat Islam pada hari ini tidak mengenal AI-Quran mahupun mengikut jalan
yang dibentangkan oleh Rasulullah (SAW), walaupun diri baginda itu melambangkan
AI-Quran.
Bayangkan
apabila seseorang Muslim itu mengerjakan solat dan ia hanya membaca ayat-ayat
AI-Quran tanpa mengetahui apa yang dibacanya.
Menurut Al-Quran:
·
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat
sedangkan kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa kamu ucapkan ... (Quran:An Nisa : 43)
Daripada
ayat-ayat Al-Quran di atas dan implikasinya terhadap umat Islam umumnya, apa
yang boleh kita katakan?
BAGAIMANA
KITH SEPATUTNYA MEMBACA TERJEMAHAN ALQURAN?
AI-Quran
ialah Kitab Pedoman / petunjuk yang indah. AI-Quran mengisahkan banyak cerita,
peraturan untuk diikuti, menerangkan tentang fi’il manusia, menyatakan
fakta-fakta saintifik, dan sebagainya. Semasa membaca terjemahan AlQuran,
lebih baik pada mulanya membaca teks terjemahan sahaja dan tidak membaca
ulasannya atau tafsirnya. Selepas membaca beberapa kali, tandakan ayat-ayat
yang anda anggap penting dan serlahkan yang mana perlu. Hanya selepas anda
memahami kandungannya dengan baik, barulah anda membaca tafsirnya kerana
dikhuatiri berlakunya salah faham.
Hadis
Rasulullah (SAW) menyebut:
·
Jika hadith dikatakan daripadaku dan jika ia bersama
Al-Quran, terimalah ia: Bagaimana pun, jika hadith dikatakan daripadaku dan
is tidak bersama dengan Al-Quran, tinggolkon ia. - (Jaafor Siddik)
Hadith di
atas adalah TAPISAN utama kepada segala ulasan / tafsiran terhadap
AI-Quran yang mungkin tersilap sama ada secara sedar atau tidak. Tambahan itu,
apa-apa berkaitan dengan agama yang anda baca, dengar atau belajar, amalkan
Al-Quran sebagai tapisan anda, dengan itu anda akan selamat. Pada masa ini
terlalu ramai orang menggunakan ayat-ayat AI-Quran yang tidak lengkap atau ditokok
tambah atau di kerat-kerat untuk kepentingan peribadi. Tambahan pula, banyak
Hadith dan Sunnah yang bertenttangan dengan prinsip Al-Quran di sebarkan. Juga
sering Bahan Israiliat di katakan bahan AI-Quran: BERWASPADAILAH !
kerana hanya dengan kefahaman ilmu pengetahuan AI-Quran di dada,
bolehlah anda menangkis gejala sedemikian.
APA YANG BOLEH KITA LAKUKAN?
Terjemahan
AI-Quran kini amat banyak. Oleh itu, saya berpendapat adalah menjadi tugas
kerajaan, masyarakat, pemimpin politik, dan organisasi Islam serta Mullah dan Ustaz,
keluarga dan individu, untuk:
·
mengubah cara umat Islam menganggap Al-Quran dan
terjemahannya. Inilah masanya untuk umat Islam, )nak-kanak hingga dewasa,
memahami maksud ayatIon ajaran AI-Quran,
·
Di masjid dan surau, selain membaca AI-Quran (dalam bahasa
Arabnya) dalam solat, semua doa dan lain-lain hendaklah dibaca dalam bahasa
ibunda jemaah. Membaca AI-Quran di ruang awam hendaklah ciisertakan in
terjemahannya.
·
Setiap pelajar baligh di sekolah atau pengajian tinggi di beri
senaskah terjemahan Al-Quran dengan percurna. Kelas memahami AI-Quran di
adakan.
Hal
tersebut diatas boleh menggalakkan pembelajaran bahasa Arab tetapi apa yang
penting sekarang adalah untuk menyebar kembali ajaran-ajaran tulen yang
dibawa oleh Nabi Muhammad (SAW) ke seluruh dunia.
Dunia
berada dalam keadaan huru-hara dan umat Islam mempunyai cara untuk memperoleh
keamanan bagi mereka dan seluruh umat manusia. AI-Quran adalah penyelamat
apabila ia diletakkan di hati manusia dan semuanya akan diberi Petunjuk oleh Allah.
“Jadikan AI-Quran sebagai pegangan
hidup anda”
atau
“berpeganglah kepada AI-Quran dalam
hidup anda"
BACALAH & FIKIRKAN
Sila layari situs ini:
dan fix kan terjemahannya sambil mengikuti bacaan dengan audio.
No comments:
Post a Comment