Saturday, July 5, 2014

DO'A-DO'A DALAM SOLAT & Terjemahannya


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ

Salah satu cara untuk membolehkan seseorang Muslim itu mendirikan sembahyang (solat) dalam keadaan khusyuk (lupa dunia, ingat Allah) ialah dengan memahami setiap kalimah atau Ayat yang dibaca ketika melakukan solat itu. Oleh itu pelajaran yang akan dibentang kali ini adalah khusus untuk mempelajari pengertian lafadz-lafadz yang selalu dibaca (secara umum) didalam solat selepas Takbiratul Ihram hingga tahyat akhir sebelum Salam.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah memerintahkan orang-orang yang beriman agar mengerjakan solat seperti beliau solat, sebagaimana sabdanya:

صَلُّوْا كَمَارَ أَيْتُمُونِيْ أُصَلِّيْ
"Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat".
[H/R Bukhari, Muslim dan Ahmad.]

Adapun doa-doa didalam solat yang akan dibentangkan disini adalah berdasarkan hadis-hadis yang sahih sahaja.

TAKBIRATUL IHRAM تكبيرة الاحرام )
Menyebut AllahuAkbar ( الله اكبر ) itu dinamakan Takbir dan Takbir dipermulaan solat itu dinamakan Takbiratul Ihram.

Rasululullah (SAW) apabila berdiri untuk solat beliau terus melafazkan: "Allahu Akbar" dan beliau tidak berkata apa-apa sebelumnya (tidak melafazkan Niat dengan lidah).

Nota: Setakat ini penulis tidak ada maklumat tentang adanya ajaran Rasulullah atau Hadith Sahih yang menyebut Rasulullah (SAW) atau para sahabat, tabi'in dan Imam yang empat pernah melakukannya (iaitu melafazkan Niat dengan lidah) semasa mereka hendak mendirikan solat.


DOA ISTIFTAH (IFTITAH)

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam tidak pernah meninggalkan doa iftitah walaupun semasa mengerjakan solat sunnah. Ia menjadi kesempurnaan solat sebagaimana terdapat dalam sabda beliau:

لاَ تَتِمُّ صَلاَةٌ لاَحَدٍ مِنَ النَّاسِ حَتَّى يُكَبِّرَ وَيَحْمَدَ الله جَلَّ وَعَـزَّ وَيُثْنِيْ عَلَيْهِ، وَيَقْرَأَ بِمَا تَيَسَّرَ مِنَ الْقُرْءَان
"Tidak sempurna solat seseorang sebelum ia bertakbir, memuji Allah 'Azza wa-Jalla, menyanjungnya dan membaca ayat-ayat al-Quran yang dihafalnya".
[H/R Abu Daud dan Hakim, disahihkan oleh Hakim dan disetujui oleh Zahabi.]

Doa Iftitah yang lazim dibaca selepas Takbiratul Ihram adalah seperti berikut:-

وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا اَنَاْ مِنَ الْمُشْرِكِينَ  إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ لاَ شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ اُمِرْتُ وَاَنَاْ مِنَ الْمُسْلِمِينَ
[H/R Muslim dan Abu Daud]

Doa ini adalah bersumberkan Al-Quran [Surah Al-An'aam (6) : Ayat 79 dan Ayat 162-163]

Seterusnya sila hafalkan makna lafadz-lafadz berikut yang terkandung dalam doa tersebut:-

aku menghadapkan = وَجَّهْتُ
wajahku; diriku = وَجْهِيَ
kepada (Tuhan) yang = لِلَّذِي
telah mencipta Ia = فَطَرَ
langit = السَّمَاوَاتِ
bumi = اْلأَرْضَ
cenderung (tetap diatas dasar Tauhid); ikhlas; pasrah = حَنِيْفًا
(keadaan) berserah diri (sepenuhnya kepada Allah) = مُسْلِمًا
dan tiadalah = وَمَا
aku = اَنَاْ
daripada = مِنَ
orang-orang yang musyrik (mempersekutukan Allah) = الْمُشْرِكِيْنَ
bahawasanya = إِنَّ
solatku = صَلاَتِي
dan ibadahku = وَنُسُكِي
dan hidupku = وَمَحْيَايَ
dan matiku = وَمَمَاتِي
bagi Allah = لِلَّهِ
Tuhan = رَبِّ
semesta 'alam = الْعَالَمِيْنَ
tidak ada sekutu = لاَ شَرِيكَ
baginya = لَهُ
dan demikian itulah = وَبِذَلِكَ
aku diperintahkan = أُمِرْتُ
dan aku = وَاَنَاْ
(adalah) daripada = مِنَ
orang-orang yang menyerah diri (Muslim) = الْمُسْلِمِيْنَ

Setelah berjaya mengingati pengertian kalimah-kalimah diatas, sila terjemahkan dengan perlahan sehingga mahir, kemudian memperbaiki terjemahan dengan kata-kata tambahan yang terdapat dalam Bandingan Terjemahan dibawah ini.

BANDINGAN TERJEMAHAN DOA IFTITAH (diatas)
“Aku menghadapkan diriku kepada (Tuhan) yang telah mencipta Ia (akan) langit dan bumi dengan penuh keikhlasan (kepasrahan), (dalam keadaan) berserah diri (sepenuh hati kepada Allah) dan tiadalah aku daripada (termasuk) orang-orang yang mempersekutukan Allah. Bahawasanya, solatku, ibadatku, hidupku dan matiku (semata-mata) bagi Allah, Tuhan yang memelihara alam semesta, tidak ada sekutu bagiNya. Dan demikian itulah aku diperintahkan dan aku adalah daripada orang2 yang menyerah diri (Muslim)."
[H/R Muslim dan Abu Daud].

Sila ambil perhatian sebenarnya ada bahagian kedua kepada hadits tersebut (dan elok dibaca jika telah berjaya menghafal dan faham akan maksudnya) seperti berikut:-

اَللَّهُمَّ أَنْتَ الْمَلِكَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ، أَنْتَ رَبِّيْ وَأَنَاعَبْدُكَ ظَلَمْتُ نَفْسِيْ وَاعْتَرَفْتُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْلِيْ ذُنُوْبِيْ جَمِيْعًا إِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ،وَاهْدِنِيْ لِأَحْسَنِ اْلأَخْلاَقِ لاَ يَهْدِيْ لِأَحْسَنِهَا إِلاَّ أَنْتَ، وَاصْرِفْ عَنِّيْ سَيِّئَهَالاَيَصْرِفُ عَنِّيْ سَيِّئَهَا إِلاَّ أَنْتَ، لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ، وَالْخَيْرُ كُلُّهُ بِيَدَيْكَ، وَالشَّرُّ لَيْسَ إِلَيْكَ، أَنَاْبِكَ وَإِلَيْكَ، تَبَاركْتَ وَتَعَالَيْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
"Ya Allah, Engkau adalah Raja, tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Engkau. Engkau Tuhanku dan aku adalah hambaMu. Aku menganiaya diriku dan aku mengakui dosaku (yang telah ku lakukan). Oleh karena itu ampunilah segala dosa-dosaku. Sesungguhnya tidak akan ada yang mengampuni dosa-dosa melainkan Engkau. Dan tunjukkan aku pada akhlak yang terbaik, tidak ada yang akan menunjukkan sebaik-baik akhlak kepadaku melainkan Engkau. Hindarkan dariku akhlak yang jahat, tidak akan ada yang boleh menjauhkan aku daripadanya, melainkan Engkau. Aku penuhi panggilanMu dengan kegembiraan, dan aku mohon pertolonganMu, segala kebaikan ditanganMu, sedang segala keburukan tidak datang dariMu. Hanya yang terpimpin adalah orang yang Engkau beri petunjuk. Aku berada dalam kekuasaanMu dan kepadaMu (aku kembali). Engkau Yang Maha Mulia dan Maha Tinggi, aku mohon ampun kepadaMu dan aku bertaubat kepadaMu."
[H/R Muslim dan Abu Daud]

Dalam pada itu kebanyakan Ahli Hadits memilih untuk membaca tasbih iftitah (sebelum membaca doa iftitah diatas) yang diriwayatkan dari Aishah (r.a.) seperti berikut:-

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، وَتَبَارَكَ اسْمُكَ، وَتَعَالَى جَدُّكَ، وَلاَ إِلَهَ غَيْرُكَ
"Maha Suci Engkau ya Allah, dan segala puji bagiMu, dan Maha Mulia (Berkat) nama-Mu, serta Maha Tinggi kekayaan dan kebesaranMu, dan (aku mengaku) tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau."
[H/R. Empat penyusun kitab Sunan, juga Abu Daud, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah.]


DOA KETIKA RUKU’
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ
“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung” (Boleh dibaca 1 atau 3 hingga 10 kali).
[HR. Penyusun kitab Sunan dan Imam Ahmad, juga At-Tirmidzi]

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ
“Maha Suci Engkau, ya Allah! ya Tuhan kami, dan segala pujian bagiMu. Ya Allah! Ampunilah dosaku.”
[HR. Al-Bukhari dan Muslim]

سُبُّوْحٌ قُدُّوْسٌ، رَبُّ الْمَلاَئِكَةِ وَالرُّوْحِ
“Engkau, Tuhan Yang Maha Suci, Yang Maha Agung, Tuhan semua malaikat dan roh.”
[HR. Muslim dan Abu Dawud]


DOA KETIKA BANGUN DARI RUKU’
سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ
“Semoga Allah mendengar pujian orang yang memujiNya.”
[HR. Al-Bukhari dalam Fathul Baari]

رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ، حَمْدًا كَثِيْرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيْهِ
“Wahai Tuhan kami, dan bagiMu segala puji, aku memujiMu dengan pujian yang banyak, yang baik dan penuh dengan berkah padanya.”
[HR. Al-Bukhari]

اَللَّهُمَّ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ مِلْءَ السَّمَوَاتِ وَمِلْءَالْاَرْضِ وَمِلْءُ مَاشِئْتَ مِنْ شَيْءٍ بَعْدُ
"Ya Allah! Ya Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian yang sepenuh langit, dan sepenuh bumi dan sepenuh apa yang Engkau kehendaki sesudah itu".



DOA KETIKA SUJUD
سُبْحَانَ رَبِّيَ اْلأَعْلَى
“Maha Suci Tuhanku, Yang Maha Tinggi (dari segala kekurangan dan hal yang tidak layak)." (Dibaca 1 atau 3 hingga 10 kali)
[HR. Para penyusun kitab Sunan dan Imam Ahmad juga At-Tirmidzi]

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ
“Maha Suci Engkau. Ya Allah, Tuhan kami, dan aku memujiMu. Ya Allah, ampunilah dosaku.”
[HR. Al-Bukhari dan Muslim]

سُبُّوْحٌ قُدُّوْسٌ رَبُّ الْمَلاَئِكَةِ وَالرُّوْحِ
“Engkau Tuhan Yang Maha Suci, Maha Agung, Tuhan para malaikat dan roh.”
[HR. Muslim dan Abu Daud]


DOA KETIKA DUDUK ANTARA DUA SUJUD
رَبِّ اغْفِرْلِيْ رَبِّ اغْفِرْلِيْ
“Ya Allah, ampunilah dosaku, ya Allah, ampunilah dosaku.”
[HR. Abu Dawud dan Ibnu Majah]

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ وَارْحَمْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَاجْبُرْنِيْ وَعَافِنِيْ وَارْزُقْنِيْ وَارْفَعْنِي
“Ya Allah, ampunilah dosaku, berilah rahmat kepadaku, tunjukkanlah aku (ke jalan yang benar), cukupkanlah aku, jadikanlah aku sihat, berilah aku rezeki (yang halal) dan angkatlah derajatku.”
[H/R Abu Awanah, Tirmizi, lbnu Majah dan Hakim]


TASYAHUD

Tasyahud yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud adalah lafadz tasyahud yang paling sahih dan disukai oleh para Ahli Hadits, iaitu:-

التَّحِيَّاتُ لِلَّهِ، وَالصَّلَوَاتُ وَالطَّيِّبَاتُ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكآتُهُ، السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
“Segala kehormatan hanya milik Allah, juga segala ibadat dan kebaikan. Semoga kesejahteraan dilimpahkan keatasmu, wahai Nabi, begitu juga rahmat dan berkahNya. Mudah-mudahan kesejahteraan dicurahkan atas kami dan keatas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang hak disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahwa Muhammad itu adalah hambaNya dan utusanNya.”
[H/R Bukhari, Muslim, Abu Daud, dll.]

Namun, Tasyahud yang lazim kita baca ialah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abas, iaitu:-

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكآتُهُ، السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهُ

MEMBACA SALAWAT NABI SETELAH TASYAHUD

Salawat yang paling sahih ialah seperti yang diriwayatkan oleh Ka'ab bin 'Ijrah, iaitu:-

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَىءَالِ إِبْرَاهِيْمَ إِنَّكَ حَمِيْدُ مَّجِيْدٌ، اَللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى ءَالِ إِبْرَاهِيْمَ إِنَّكَ حَمِيْدُ مَّجِيْدٌ
“Ya Allah, berilah rahmat kepada Muhammad dan keluarganya, sebagaimana Engkau telah memberikan rahmat kepada Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia. Dan berkatkanlah oleh Engkau (akan) Muhammad dan keluarganya, sebagaimana Engkau telah curahkan berkat kepada Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia.”
[HR. Al-Bukhari dan Muslim.]


DOA SETELAH TASYAHUD AKHIR SEBELUM SALAM
Setelah selesai bersalawat, mohonlah perlindungan atau membaca Ta'awwuz ( أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الْرَّجِيْمِ ). Sebahagian Ahli Hadits mewajibkan kita membaca do'a selepas Tasyahud Akhir sebelum Salam (sebagaimana yang diperintah oleh Rasulullah) iaitu memohonkan perlindungan dari empat perkara, yakni dari azab kubur, azab neraka, fitnah (ujian) hidup dan mati, dan dari fitnah (ujian) Dajjal, seperti berikut:-

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ
“Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari siksaan kubur, siksa neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan setelah mati, serta dari kejahatan fitnah Almasih Dajjal (perosak yang merosakkan segala kebajikan).”
[HR. Al-Bukhari dan Muslim]

Setelah selesai memohon perlindungan dari empat perkara itu, kita dibolehkan membaca sesuatu doa yang kita hajati sendiri kerana doa dalam solat lebih diperkenankan oleh Allah daripada diluar solat. Maka diantara doa-doa yang diucapkan oleh Rasulullah diakhir Tasyahud sebelum salam ialah:-

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ، وَمَا أَسْرَفْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّيْ، أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ
"Ya Allah! Ampunilah aku akan (dosaku) yang aku terdahulu dan yang aku kemudiankan, apa yang aku rahasiakan dan yang zahirkan, yang aku lakukan secara berlebihan, serta apa yang Engkau lebih mengetahui dari pada aku, Engkau yang mendahulukan dan mengkemudiankan, tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau."
[HR. Muslim]

اَللَّهُمَّ أَعِنِّيْ عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
“Ya Allah! Berilah pertolongan kepadaku untuk menyebut namaMu, dan syukur kepadaMu dan ibadah yang baik untukMu.”
[HR. Abu Dawud dan An-Nasai]

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu, agar dimasukkan ke Surga dan aku berlindung denganMu dari Neraka.”
[HR. Abu Dawud dan Ibnu Majah]

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ ظَلَمْتُ نَفْسِيْ ظُلْمًا كَثِيْرًا، وَاِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ، فَاغْفِرْ لِيْ مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِيْ إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku telah menganiaya diriku dengan penganiayaan yang banyak, dan sesungguhnya tidak ada yang mampu mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau. Oleh itu, ampunilah dosa-dosaku dengan keampunan dari sisiMu, dan kasihanilah aku. Sesungguhnya Engkau, Engkaulah (Tuhan) Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
[HR. Al-Bukhari dan Muslim]

Perhatian: Setahu saya (setakat ilmu yang ada pada saya) tidak ada dijumpai mana-mana hadits yang menggalakkan berdoa secara berjemaah selepas solat, melainkan berdoa bersendirian seperti yang diamalkan oleh Rasulullah, para sahabat dan tabi'in. Bahkan berdoa bersendirian ini digalakkan pada bila-bila masa sahaja mengikut keperluan seseorang itu.

KHUSYUK (KEHADHIRAN HATI) DALAM SOLAT

Siri KULIAH SUBUH

WAJIB MENGETAHUI APA YANG DIBACA DAN KHUSYUK (KEHADHIRAN HATI) DALAM SOLAT

Firman Allah Ta'ala dalam Surah  طه Ayat 14 :
وَأَقِمِ الصَّلاَةَ لِذِكْرِي
Mafhumnya:  Dirikanlah olehmu akan solat untuk mengingatkan aku

Dengan dalil dan keterangan ini diperintahkan kita khusyuk dalam solat, kerana terINGAT itu berlawan dengan LALAI, dan orang yang lali menafikan khusyuk. Maka orang yang lalai disepanjang solatmya tentu tidak dapat dipandang bahawa ia menDIRIkan sembahyang kerana mengingat akan Allah.

Surah الأعراف Ayat 205 :
وَلاَ تَكُن مِّنَ الْغَافِلِينَ
Mafhumnya: Dan janganlah engkau termasuk dari golongan orang-orang yang lalai
Surah محمد Ayat 24 :
أَفَلاَ يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْءَانَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا
Mafhumnya: Mengapakah mereka tidak memahamkan Al-Quran, apakah hati-hati mereka berkunci

Juga terdapat beberapa Sabda Rasulullah (SAW) berkaitan hal ini yang bermaksud:

"Sekiranya khusyuk hati dan jiwa orang itu, tentulah khusyuk segala anggota-anggotanya."

"Hanya solat itu mesti dilakukan dengan tenang dan merendah diri."

"Tiap-tiap solat yang tidak hadhir hati didalamnya, maka orang yang bersolat itu lebih cepat memperoleh seksa."

"Seorang manusia mendapat pahala dari solatnya sekadar yang dapat ia fahamkan."

Maksud dari perintah-perintah ini semestinya hendaklah kita pastikan berlakuya khusyuk dan kehadhiran hati sepertimana yang dinyatakan dalam Firman Allah Ta'ala

Surah النساء Ayat 42:
وَلاَ جُنُبًا إِلاَّ عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىَ تَغْتَسِلُواْ
Mafhumnya: "dan janganlah kamu menghampiri (mengerjakan) solat sedang kamu dalam keadaan mabuk, kecuali kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu ucapkan."

Ayat ini menerangkan bahawa ditegah orang mabuk bersolat kerana mereka tidak mengetahui apa yang diucapkan. Tidak mengetahui apa yang diucapkan juga terdapat pada orang yang lalai, yang ingatan hatinya penuh dengan berbagai-bagai lintasan dan beranika rupa garisan.

Dikala membaca ayat-ayat Al-Quran dan dikala solat hendaklah memahamkan bacaan-bacaan dan dzikir-dzikir yang dibaca, yakni dengan memerhatikan maknanya, kandungannya dan tujuan maksudnya.

Kita diperintahkan bersombahyang (bersolat 5 waktu sehari semalam) adalah untuk menghasilkan beberapa hikmat dan rahsia yang sangat perlu bagi kehidupan kita di alam dunia ini, diantaranya ialah:-
  1. Bagi mengingatkan kita kepada Allah.
  2. Bagi menghidupkan rasa takut kepadaNya.
  3. Membangkitkan rasa tunduk dan khusyuk kepadaNya.
  4. Menumbuhkan dalam lubuk jiwa rasa kebesaran dan ketinggian Allah.
  5. Mendidik kita menjadi orang yang tenang, orang yang dapat menghadapi segala kesusahan dan kesukaran dengan hati yang cekal.
  6. Menghilangkan sifat tamak dan haloba.
  7. Menegah dan mendinding manusia dari perbuatan keji, jahat dan mungkar seumpama tembok yang kokoh kuat antara yang bersembahyang itu dengan maksiat dan kederhakaan.

Friday, July 4, 2014

Zikir Harian Rasulullah SAW (1)


PEDOMAN

  • Zikir Harian Rasulullah s.a.w. dibawah ini berdasarkan hadis-hadis Nabi s.a.w. yang dapat dipertanggung-jawabkan kesahihannya. Setiap zikir disertakan sumber pengambilannya dan siapa yang meriwayatkannya supaya siapa saja yang mengamalkannya benar benar yakin dan tidak ragu lagi.
     
  • Dan untuk memantapkan lagi keyakinan kita tentang keutamaan zikir-zikir tersebut, selain sumber pengambilannya juga disertakan maknanya dan fadhilatnya masing-masing.
     
  • Zikir-zikir ini hendaklah di amalkan dua kali dalam sehari iaitu sekali di waktu pagi dan sekali lagi di waktu petang. Maksud waktu pagi ialab daripada sesudah Subuh hingga sebelum Zuhur, sedangkan waktu petang pula maksudnya daripada sesudah Asar bingga sebelum Isyak. jadi boleh diamalkan sesudah Asar atau sesudah Maghrib.
     
  • Zikir-zikir pagi dan petang daripada Rasulullah s.a.w. sebenarnya sangat banyak. Di ruang ini dibentangkan hanya sebahagiannya saja. Namun demikian, jika zikir-zikir atau wirid serta doa ini di amalkan secara rutin dan yakin nescaya kita akan mendapat ganjaran sebagaimana yang telah dijanjikan, Insya Allah.

  • (1) Pagi dan Petang:
    بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

    الـم

    ذَلِكَ الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ

    اَلَّذِيْنَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيْمُونَ الصَّلاَةَ

    وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُـنْفِقُونَ

    وَالَّذِيْنَ يُؤْمِنُونَ بِمَآ أُنْزِلَ إِلَيْكَ

    وَمَآ أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ

    وَبِاْلأَخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ

    أُوْلَـئِكَ عَلَى هُدًى مِّنْ رَّ بِّهِمْ

    وَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ


    Alif, Laam, Miim.
    Kitab (Al-Quran) itu tidak ada keraguan didalamnya, (sebagai) petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa.
    (iaitu) orang-orang yang beriman kepada yang ghaib, dan mereka mendirikan solat,
    dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.
    Dan orang-orang yang beriman kepada apa yang telah diturunkan kepadamu (Al-Quran)
    dan Kitab-Kitab yang telah diturunkan sebelummu,
    dan mereka yakin terhadap hari Akhirat.
    Mereka itulah orang-orang yang mendapat pertunjuk dari Tuhannya,
    dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.
    [Al Quran 2:1-5]



    اللهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ

    لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ

    لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ

    مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِه

    ِيَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَيُحِيطُونَ

    بِشَىْءٍ مِنْعِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَآءَ

    وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ

    وَلاَ يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا

    وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

    Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang tetap hidup,
    Yang tidak mengantuk usahkan tidur.
    KepunyaanNya segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi.
    Siapakah yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.
    Allah mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan di belakang mereka
    sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya
    Luasnya Kursi (ilmu dan kekuasaan) Allah meliputi langit dan bumi;
    dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah memelihara keduanya.
    dan Dia lah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
    [Al Quran 2:255]



    لِلَّهِ مَا فِى السَّمَاوَاتِ وَمَا فِى اْلأَرْضِ

    وَاِنْتُبْدُواْ مَا فِى أَنْفُسِكُمْ أَوْ تُخْفُوهُ يُحَاسِبْكُم بِهِ اللهُ

    فَيَغْفِرُ لِمَنْ يَشَآءُ وَيُعَذِّبُ مَنْ يَشَآءُ

    وَاللهُ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ

    Kepunyaan Allah lah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi,
    dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu.
    Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya,
    Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
    [Al Quran 2:284]


    ءَامَنَ الرَّسُولُ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ

    كُلٌّ ءَامَنَ بِاللهِ وَمَلَـئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ

    لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ

    وَقَالُواْ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا

    غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

    Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan (demikian juga) orang-orang yang beriman;
    semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-MalaikatNya, dan Kitab-KitabNya, dan Rasul-RasulNya.
    (Mereka berkata): "Kami tidak membeza-bezakan antara seorangpun dari Rasul-RasulNya".
    Mereka berkata lagi: "Kami dengar dan kami taat,
    ampunilah kami ya Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali".
    [Al Quran 2:285]


    لاَ يُكَلِّفُ اللهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا

    لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ

    رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَآ أَوْ أَخْطَـأنَا

    رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَآ إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا

    رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ

    وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَآ

    أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

    Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
    Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.
    (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah.
    Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami.
    Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya.
    Maafkanlah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami.
    Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir".

    [Al Quran 2:286]


    FADHILAT:

    Siapa yang mengamalkan 10 Ayat dari Surah Al Baqarah (diatas) pagi dan petang nescaya Syaitan tidak akan mendekatinya, dan tidak akan melihat perkara yang tidak diinginkan menimpa keatas keluarga dan hartanya.
    [Sumber: Hadis dikeluarkan oleh Al Daramy dan Al Thabarany. Menurut pandangan Al Hakim, hadis ini Sahih]

    KOLEKSI ZIKIR DAN DO'A


    ZIKIR SESUDAH SOLAT


    (Dibaca 3 kali) أَسْتَغْفِرُاللَّه
    "Aku mohon ampun kepada Allah"


    اَللّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ ، وَمِنْكَ السَّلاَمُ ، تَبَارَكْتَ رَبَّنَا يَا ذَا الجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ
    "Ya Allah, Engkaulah yang memiliki Kesejahteraan, dan daripada-Mu asalnya kesejahteraan itu, segala keberkatan adalah milik Engkau Ya Allah, yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan."
    [HR Muslim]


    لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيءٍ قَدِيْرٌ
     اَللَّهُمَّ لاَمَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلاَ مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلاَ يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ
    "Tiada Tuhan melainkan Allah yang Satu, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya lah kerajaan dan bagiNya segala puji-pujian, dan Dia berkuasa diatas tiap-tiap sesuatu. Ya Allah, tiadalah yang dapat menahan apa-apa yang Engkau berikan, tiadalah pula yang dapat memberikan apa-apa yang Engkau tahan, dan tiadalah ia bermanfaat kepada sesiapa akan kekayaan dan kebesaran yang dimilikinya kecuali yang datang bersama Redha-Mu."
    [HR Al-Bukhari dan Muslim]


    لاَ إلهَ إلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ، لاَ إِلهَ إلاَّ اللهُ، وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ، لَهُ النِّعْمَةُ وَلَهُ الفَضْلُ وَلَهُ الثَّـنَاءُ الحَسَنُ. لاَ إِلهَ إلاَّ اللهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ
    "Tiada Tuhan melainkan Allah yang Satu, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya lah kerajaan dan bagiNya segala puji-pujian, dan Dia berkuasa diatas tiap-tiap sesuatu. Tiada daya mahupun upaya kecuali dengan Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah, dan tiada yang berhak disembah melainkan Dia, dan bagiNya segala nikmat, keutamaan serta puji yang sebaik-baiknya. Tiada Tuhan melainkan Allah, kami bulatkan pengabdian kepada-Nya semata-mata walaupun tidak disukai oleh orang-orang kafir."
    [HR Muslim]


    (Diulang 33 kali) سُبْحَانَ اللهِ، والحَمْدُ للهِ، وَاللهُ أَكْبَرُ
    "Maha Suci Allah, Segala Puji bagi Allah, Allah Maha Besar."


    لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
    "Tiada Tuhan melainkan Allah yang Satu, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya lah kerajaan dan bagiNya segala puji-pujian, dan Dia berkuasa diatas tiap-tiap sesuatu."
    [HR Muslim]


    (قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ ...... (سورة الإخلاص
    (قُلْ أَعوذُ بِرَبِّ الفَلَقِ ...... ( سورة الفلق
    (قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ النّاس ...... ( سورة الناس
    Dibaca 3 kali selepas solat Subuh dan Maghrib, dan dibaca sekali sahaja bagi solat-solat yang lain.
    [HR Abu Daud dan Nasaa'i]


    اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَلاَ يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
    "Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap hidup, Yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi. tiada sesiapa Yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan Dengan izinNya. Yang mengetahui apa Yang ada di hadapan mereka dan apa Yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa Yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)."
    [Ayat Kursi : al-Baqarah (2): 255]


    لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَىْ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
    "Tiada Tuhan melainkan Allah yang Satu, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya lah kerajaan dan bagiNya segala puji-pujian, dan Dia berkuasa diatas tiap-tiap sesuatu." (Dibaca 10 kali selepas solat Subuh dan Maghrib)
    [HR At-Tarmizi]


    اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْماً نَافِعاً وَرِزْقاً طَيِّباً وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً
    "Ya Allah! Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu ilmu-ilmu yang berguna, dan rezki yang halal lagi baik dan amalan-amalan yang diterima." (Dibaca selepas solat Subuh selepas salam)
    [HR Ibnu Majah]


    Doa-Doa Rasulullah s.a.w.

    Doa adalah ibadah yang sangat agung, yang tidak boleh dipalingkan kepada selain Allah SWT. Hakikat doa adalah menunjukkan ketergantungan kita kepada Allah Azza wa Jalla dan berlepas diri dari daya dan upaya makhluk. Doa merupakan tanda Ubudiyah (penghambaan diri secara total kepada Allah SWT). Doa juga merupakan lambang kelemahan manusia. Di dalam ibadah doa terkandung pujian terhadap Allah SWT. Disamping itu terkandung juga sifat penyantun dan pemurah bagi Allah Yang Maha Pemurah. Oleh sebab itu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

    "Doa itu adalah ibadah." (HR. Tirmidzi)
    Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah seorang yang banyak berdoa, memohon dan menunjukkan ketergantungan kepada Allah SWT. Beliau sangat menyukai kalimah-kalimah yang ringkas namun sarat makna dan juga menyukai ucapan-ucapan doa.
    Di antara doa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah:

    "Ya Allah, tolonglah daku dalam menjalankan agama yang merupakan pelindung segala urusanku. Elokkanlah urusan duniaku yang merupakan tempat aku mencari kehidupan. Elokkanlah urusan akhiratku yang merupakan tempat aku kembali. Jadikanlah kehidupanku ini sebagai tambahan segala kebaikan bagiku dan jadikanlah kematianku sebagai ketenangan bagiku dari segala kejahatan." (HR. Muslim)
    Di antara doa beliau adalah :

    "Ya Allah, Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Ya Rabb Pencipta langit dan bumi, Rabb segala sesuatu dan yang merajainya. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan diriku, kejahatan setan dan bala tenteranya, atau aku melakukan kejahatan terhadap diriku atau yang aku tujukan kepada seorang muslim lain." (HR. Abu Daud)
    Demikian pula doa berikut ini:

    "Ya Allah, cukupilah aku dengan rezeki-Mu yang halal (supaya aku terhindar) dari yang haram, perkayalah aku dengan kurnia-Mu (supaya aku tidak meminta) kepada selain-Mu." (HR. At-Tirmidzi)
    Di antara permohonan beliau kepada Allah SWT:

    "Ya Allah, ampunilah dosaku, curahkanlah rahmat-Mu kepadaku dan temukanlah aku dengan teman yang tinggi darjatnya." (Muttafaq 'alaih)
    Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam e senantiasa berdoa memohon kepada Allahu Ta'ala baik pada waktu lapang mahupun pada saat sempit. Pada peperangan Badar, beliau berdoa kepada Allah SWT hingga jatuh selendang beliau dari kedua pundaknya, memohon kepada Allah SWT agar menurunkan pertolongan bagi kaum muslimin dan menjatuhkan kekalahan atas kaum musyrikin. Beliau sering berdoa untuk dirinya sendiri, untuk keluarga dan ahli bait beliau, untuk sahabat-sahabat beliau bahkan untuk segenap kaum muslimin.



    BEBERAPA DOA YANG BAIK DIBACA SESUDAH SOLAT FARDHU
    اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبَّ الْعَالَمِيْنَ حَمْداً يُوَافِى نِعْمَهُ، وَيُكَافِىءُ مَزِيْدَهُ، يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ، كَمَا يَنْبَغِى لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِـهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
    "Segala puji tertentu bagi Allah Pemelihara seluruh alam. Pujian yang melengkapi nikmat-Nya dan menambahkan kelebihan-Nya. Wahai Tuhan kami, bagiMu segala puji-pujian yang selayaknya bagi kebesaran zatMu dan keagongan kekuasaanMu. Ya Allah, kurniakanlah rahmat dan sejahtera atas Nabi kami Muhammad dan keatas keluarganya dan semua sahabatnya."


    اَللهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاَتَنَا تآ مَّةً، وَاغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا عَامَّةً، وَلاَ تُعَذِّبْنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ، اِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْىءٍ قَدِيْرٌ
    "Ya Allah! Terimalah solat kami dengan sempurna dan ampunilah dosa kami semuanya dan janganlah Engkau seksa kami pada hari kiamat. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa keatas tiap-tiap sesuatu."


    اَللَّهُمَّ سَلِّمْنَا وَسَلِّمْ دِيْنَنَا وَسَلِّمْ اِيْمَانَنَا وَسَلِّمْ تَوْحِيْدَنَا وَسَلِّمْ مَعْرِفَتَنَا وَسَلِّمْ أَرْوَاحَنَا وَسَلِّمْ أَجْسَادَنَا وَسَلِّمْ أَرْزَاقَنَا وَسَلِّمْ اِخْوَانَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مَنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ
    "Ya Allah, selamatkanlah kami dan selamatkanlah agama kami, dan selamatkanlah iman kami, dan selamatkanlah tauhid kami dan selamatkanlah ma'rifat kami, dan selamatkanlah rohani kami, dan selamatkanlah jasmani kami, dan selamatkanlah rezeki kami, dan selamatkanlah saudara-saudara kami sesama Islam dan sesama beriman, samada yang masih hidup ataupun yang sudah mati."


    اَللَّهُمَّ أَحْيِيْنَا بِالاِيْمَانِ وَأَمِتْنَا بِالاِيْمَانِ وَاحْشُرْنَا بِالْاِيْمَانِ وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ الْاِيْمَانِ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الْرَاحِمِيْنَ
    "Ya Allah, hidupkanlah kami dengan iman, dan matikanlah kami dengan iman, dan himpunkanlah kami (dipadang Mahsyar) dengan iman, dan masukkanlah kami kedalam Syurga bersama iman, dengan rahmat Engkau, wahai Allah yang Maha Penyayang dari semua yang penyayang."


    اَللَّهُمَّ أِنَّـا نَسْئَالُكَ مُوْجِبَاتِ رَحْمَتِكَ، وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ، وَالْسَّلاَمَةَ مِنْ كُلِّ أِثْمٍ، وَالْغَنِيْمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ، وَالْفَوْزَ بِالْجَنَّةِ وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّـارِ
    "Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu segala yang dapat membawa kepada RahmatMu dan mendapat keampunanMu dan keselamatan dari segala dosa, dan keberuntungan (mengecapi) daripada segala kebajikan, dan kemenangan dengan Syurga dan terhindar dari api Neraka".


    اَللَّهُمَّ الْطِفْ بِنَا فِى تَيْسِيْرِ كُلِّ عَسِيْرٍ فَأِنَّ تَيْسِيْرَ كُلِّ عَسِيْرٍ عَلَيْكَ يَسِيْرٌ. اَللَّهُمَّ يَسِّرْ لَنَا أُمُوْرَنَا مَعَ الرَّاحَةِ لِقُلُوْبِنَا وَأَبْدَانِنَا وَالسَّلآمَةِ وَالْعَـافِيَةِ فِى دِيْنِنَا وَدُنْيَانَا
    "Ya Allah, lemah-lembutkanlah kami dengan mempermudahkan segala pekerjaan yang payah, kerana sesungguhnya mempermudahkan segala yang payah itu atas Engkau amat mudah. Ya Allah, mudahkanlah segala urusan kami sehingga tenteram bagi hati kami dan badan kami, serta keselamatan dan kesejahteraan pada agama dan dunia kami".


    اَللَّهُمَّ إِنَّـا نَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدِّيْنِ، وَعَافِيَةً فِى الْجَسَدِ، وَزِيَادَةً فِي العِلْمِ، وَبَرَكَةً فِي الرِّزْقِ، وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ، وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ، وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ، اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِى سَكَرَاتِ الْمَوْتِ، وَالنَّجَاةِ مِنَ النَّارِ، وَالْعَفْوَا عِنْدَ الْحِسَابِ
    "Ya Allah Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon kepada Mu keselamatan dari segi agama dan kesihatan pada jasad, pertambahan ilmu pengetahuan, keberkatan rezeki, taubat sebelum mati, rahmat ketika mati, keampunan setelah mati; Ya Allah, permudahkanlah kami ketika menghadapi mati, dan hindarilah kami dari api neraka dan kemaafan ketika dilaksanakan perhitungan."


    اَللَّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ، وَلآتَخْتِمْ عَلَيْنَا يَا الله بِسُوءِالْخَاتِمَةِ
    "Ya Allah, akhirkan lah umur kami dengan kesudahan yang baik, dan janganlah Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik."


    رَبَّنَا لاَتُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ أِذْهَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً اِنَّكَ اَنْتَ الْوَهَّابُ
    "Ya Allah ya Tuhan kami, janganlah Engkau pisahkan hati-hati kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk; anugerahilah kepada kami akan rahmat kerana sesungguhnya Engkau Tuhan yang Maha Pengurnia."


    رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
    "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta hindarkanlah kami daripada azab api neraka."


    وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنُ. سُبْحَانَ رَبَّكَ رَبِّ الْغِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ وَسَلآمُ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
    "Salawat Allah dan salamNya kepada Nabi Muhammad (S.A.W.) dan keatas keluarga dan semua sahabat-sahabatnya. Maha Suci Tuhan ku, Tuhan Yang Mulia seperti apa yang mereka bayangkan, dan salam sejahtera keatas Rasul-Rasul, dan segala puji bagi Allah, Pemelihara seluruh alam."


    Perhatian: Doa-doa diatas adalah dalam bentuk bacaan secara berjamaah. Walau bagaimana pun, berdasarkan Sunnah Rasulallah S.A.W., doa-doa adalah lebih afdhal dibaca secara bersendirian iaitu dengan mengubah ungkapan نَا ( kami ) kepada نِيْ / ىَ ( aku ), dsb.


    DOA-DOA DALAM BENTUK BACAAN BERSENDIRIAN (SELEPAS SOLAT)

    اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوذُبِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُبِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُبِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُحْلِ وَالْفَشَلِ وَأَعُوذُبِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الْرِّجَالِ
    “ Ya Allah, ya Tuhan ku, Aku mohon perlindungan denganMu dari keluh kesah dan dukacita, dari lemah dan malas, dan aku berlindung denganMu dari sifat pengecut dan bakhil serta gagal, dan aku berlindung denganMu dari dibebani hutang dan ancaman (kongkongan) manusia.”


    اَللَّهُمَّ اَوْزِعْنِيْ اَنْ اَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِيْ أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ، وَاَنْ اَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ. وَاَصْلِحْ لِىْ فِيْ ذُرِّيَّتِىْ. اِنِّيْ تُبْتُ اِلَيْكَ وَاِنِّيْ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
    "Ya Allah ya Tuhanku, ilhamkanlah kepadaku supaya tetap bersyukur akan nikmat-nikmat Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kedua ibubapaku; dan supaya aku tetap mengerjakan 'amal soleh yang Engkau redha. Dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk kedalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Mu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu)."


    اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِىْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّـيَانِيْ صَغِيْرًا
    "Ya Allah, ampunilah segala dosaku dan dosa kedua ibubapaku serta kesihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani ku pada masa aku masih kecil."


    اَللَّهُمَّ إِنِّيْ ظَلَمْتُ نَفْسِيْ ظُلْمًا كَثِيرًا، وَاِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ، فَاغْفِرْ لِيْ مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ، وَارْحَمْنِيْ إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ
    “Ya Allah! Sesungguhnya aku telah menganiaya diriku dengan penganiayaan yang banyak, dan tidak ada yang mampu mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau. Oleh itu, ampunilah dosa-dosaku dengan keampunan dari sisiMu, dan kasihanilah aku. Sesungguhnya Engkau, Engkaulah (Tuhan) Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [HR. Al-Bukhari dan Muslim]


    اَللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ نَفْسِيْ إِلَيْكَ، وَفَوَّضْتُ أَمْرِيْ إِلَيْكَ، وَوَجَّهْتُ وَجْهِيَ إِلَيْكَ، وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِيْ إِلَيْكَ، رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ، لاَ مَلْجَأَ وَلاَ مَنْجَا مِنْكَ إِلاَّ إِلَيْكَ، آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِيْ أَنْزَلْتَ وَبِنَبِيِّكَ الَّذِيْ أَرْسَلْتَ
    “Ya Allah, aku menyerahkan diri-ku kepadaMu, aku menyerahkan urusanku kepadaMu, aku menghadapkan wajahku kepadaMu, aku menyandarkan diriku kepadaMu, karena senang (mendapatkan rahmatMu) dan takut pada (siksaan)-Mu (bila melakukan kesalahan). Tidak ada tempat perlindungan dan penyelamatan dari (ancaman)Mu, kecuali kepadaMu. Aku beriman pada Kitab yang telah Engkau turunkan, dan (kebenaran) NabiMu yang telah Engkau utus.”

    (Rasulullah صلى الله عله وسلام bersabda kepada orang yang membaca do’a itu; “Jika kamu mati, maka kamu mati di atas fithrah.” HR. Al-Bukhari 11/13 dengan Fathul Baari dan Muslim 4/2081.)

    Monday, June 30, 2014

    UNTUK RENUNGAN ANDA


    MEMBACA BUKANNYA MELAFAZ:
    SUATU KESILAPAN YANG TIDAK DAPAT DISANGKAL

    Kajian oleh: MURID FURQAN MAC 2007

    Dengan Nama Allah (SWT), yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
    Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi
    Muhammad (SAW), para sahabat dan kaum keluarganya.

    MUKADIMAH

    Majoriti besar umat Islam di-abad ke-21 kini telah kabur di persimpangan jalan dalam mencari pedoman / petunjuk. Semuanya disebabkan oleh kesilapan yang tidak sengaja, yang terjadi pada masa lampau, melalui usaha dan amal terutamanya tokoh-tokoh Agama, tanpa disedari, menyebabkan pemikiran umat Islam terbuntu. Inilah pandangan saya, apabila saya menganalisa bentuk kelakuan, sikap dan pemikiran orang Islam di sekeliling saya, rakan-rakan Muslim termasuk kaum keluarga dan sanak­-saudara.

    Saya pernah terbabit dalam penyelidikan dan pengurusan bidang Kejuruteraan Elektrik dan Tenaga selama lebih 30 tahun walaupun tidak sepenuhnya. Dengan latar belakang Peyelidikan & Pembangunan (R&D), saya teringat suatu ketika dahulu ketika saya cuba memahami makna Hakikat Kewujudan Diri dan Alam dari kedua-dua perspektif Sains dan Islam. Bagaimanapun, sepanjang pengajian bidang ini yang memakan masa lebih 25 tahun, saya menemui beberapa perkara yang menakjubkan iaitu, norma-norma yang tidak sihat telah tertanam dalam ruang minda umat Islam dirantau ini. Keadaan ini menjadi lebih jelas apabila saya membaca terjemahan AI-Quran. Saya bukan berbangsa Arab dan saya tidak tahu bahasa Arab tetapi saya mendapat pengetahuan tentang AI-Quran menerusi terjemahan Al-Quran dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

    Soalan Pertama: Apakah yang saya lihat dalam minda umat Islam? Malangnya, amat sukar untuk mengetahui di sebaliknya, melainkan apa yang digambarkan melalui perwatakkan, sikap dan tingkah laku kebanyakan umat Islam secara umum. Semuanya tidak melambangkan yang positif. Dengan sedemikian saya beranggapan perkara ini disebabkan oleh cara kita melatih minda kita dan anak-anak kita dan cara orang-orang tua kita melatih kita. Sebagai mukadimahnya, saya menyatakan bahawa tiga aspek penting untuk umat Islam belajar al-Quran adalah MELAFAZ, MEMBACA dan MEMAHAMInya, tetapi sayang, tidak dilakukan dan diseimbangkan dengan sebaik-baiknya. Inilah pembuntu minda orang Islam yang terbesar! Oleh itu, apakah maksudnya dan apakah yang sepatutnya kita lakukan - Bacalah seterusnya!

    SEBAB-SEBAB

    Dalam sistem pembelajaran tradisional seisi rumah dan masyarakat Islam, berkaitan dengan AI-Quran, perkara "MELAFAZ tanpa MEMAHAMI" memang merupakan perkara biasa sejak berkurun lama. Kaedah pembelajaran AI-Quran seperti ini telah mempengaruhi umat Islam sejak kecil sehingga dewasa yang menyebabkan terciptanya budaya burung kakak tua di kalangan umat Islam. Saya berani menyatakan di sini bahawa tiadanya KEFAHAMAN semasa MELAFAZ mempunyai pengaruh yang kuat dan negatif tehadap budaya umat Islam, interaksi dan amalan sosial mereka, dan sebagainya.

    Dalam banyak abad, bahasa Arab adalah bahasa umum di dalam dunia Islam, Kedatangan serangan hebat penjajahan menyebabkan bahasa ini hampir pupus dan hanya digunakan di beberapa buah negara yang tidak terjejas akibat penjajahan. Bagaimanapun, dalam rumah orang Islam, bahasa Arab masih kekal dalam bentuk Al-Quran, Kitab Suci Allah(SWT). AI-Quran adalah kitab yang dipelihara oleh Allah(SWT) dan masih kekal keseluruhan isi kandungannya tanpa berubah dalam teks bahasa Arab yang asal sejak lebih 1,400 tahun.

    Sebenarnya, daripada 1.2 bilion umat Islam di dunia pada hari ini, bayi di kecualikan, semua daripada mereka boleh melafaz AI-Quran sedikit sebanyak. Setiap rumah orang Islam mempunyai senaskah AI-Quran atau lebih, diletakkan di atas rak atau almari atau di dalam laci. Setiap hari AI-Quran dibuka dan dilafaz. Sembahyang (solat) umat Islam juga dilafaz dalam bahasa Arab kerana kebanyakkan bacaan dalam solat adalah daripada Al-Quran. Malahan doa (selepas solat) juga dilafaz dalam bahasa Arab. Sebahagian besar khutbah adalah dalam bahasa Arab. Oleh itu dari segi istilah MELAFAZ, Al-Quran adalah satu-satunya kitab yang amat dilafaz di dunia ini. Tiada yang setanding dengannya.

    IRONINYA

    Al-Quran adalah petunjuk daripada Rabul Jalil untuk seluruh Umat Manusia dan Jin. lanya adalah suatu rahmat daripada Allah. Al-Quran merupakan kitab panduan yang mengandungi cara hidup untuk diikuti oleh semua umat Islam dan mereka yang percaya kepada Pencipta yang Maha Esa,

    Memetik ayat-ayat Jaripada AI-Quran:

    ·        AI-Quran itu tidak lain hanyalah petunjuk bagi semesta Alam. (Quran: At Takwir : 27)

    Semasa AI-Quran mula diturunkan, perkataan pertama adalah “lqra” yang bermaksud "Bacalah". Al-Quran merupakan kitab pedoman / petunjuk bagi semua umat manusia dan dengan itu bahasa bukanlah penghalang bagi memahami isi kandungannya. Bagaimana jika ia berlaku sebaliknya? Tidak diragui lagi bahawa bahasa pertama AI-Quran ialah bahasa Arab (dan masih kekal sehingga sekarang) dan malah ia dalam bentuk bahasa yang indah / Arab klasik. Malangnya, terjemahan AI-Quran dibuat terlalu lewat. Orang Arab tidak menghiraukan untuk menterjemahkan AI-Quran. Mengapa mereka perlu berbuat demikian? Kerana kebanyakkan negara bertamadun pada masa yang lampau menggunakan bahasa Arab, Oleh itu, mereka membiarkan bukan bangsa Arab yang menterjemahkannya. Pada hari ini, AI-Quran mempunyai terjemahan dalam hampir setiap bahasa di dunia. Tetapi ironinya, majoriti umat Islam percaya kepada kesucian AI-Quran hanya apabila AI-Quran di dalam bahasa Arab, dan dengan itu mereka tidak begitu menghiraukan terjemahannya. Hal ini selanjutnya dibesarkan Iagi terutama oleh para sarjana Arab, dan guru-guru agama (yang terlatih dalam bahasa Arab) yang mempunyai agak sangat sedlikit perhatian dan timbang rasa terhadap jemaah mereka yang tidak memahami bahasa Arab. Sebahagian besar ceramah dan khutbah mereka, mereka hanya merapu dalam bahasa Arab.

    Soalon kedua: Berapa ramaikah umat Islam memahami ajaran yang dibawa oleh AI-Quran atau tahu untuk mengamalkan panduan hidup seperti yang terdapat di dalamnya? Ini merupakan soalan yang paling menarik!

    Secara purata umat Islam percaya sepenuhnya kepada Al-­Quran, bahawa ia adalah Kitab Wahyu dan melafaznya setiap hari bermakna mendapat pahala daripada Raja Sekelian Alam. Tetapi perkataan "MEMBACA telah disalah faham ertinya dengan perkataan "MELAFAZ" dan dengan demikian, berkurun-kurun lamanya melafaz AI-Quran telah menjadi kebiasaan sehingga ramai umat Islam, lupa untuk MEMBACAnya. Tidak hairanlah, pada hari ini, ramai ahli tahfiz (mereka yang menghafal AI-Quran) tidak tahu apa yang mereka hafalkan dan bacakan walaupun setelah bertahun-tahun kononnya belajar Al-Quran.

    Jelas bahawa semasa bahasa Arab dituturkan oleh majoriti umat Islam, istilah melafaz hampir sama maknanya dengan membaca. Apabila seseorang itu melafazkannya, memahami juga apa yang di lafaz. Bagaimanapun, pada hari ini, dengan ketiadaan bahasa Arab sebagai bahasa kedua, MELAFAZ sahaja dalam bahasa Arab, bermaksud tiada ruang bagi seseorang untuk memahami ajaran-ajaran didalam Kitab Suci AI-Quran. Lebih buruk lagi, tiada apa yang boleh difahami tentang ajaran-ajaran AI-Quran untuk digunakan sebagai panduan dalam hidup umat Islam.
    (Catatan: kurang daripada ¼  umat Islam di dunia terdiri daripada bangsa Arab dan bukan semua orang Arab boleh memahami bahasa AI-Quran yang indah / klasik).
    Tidak hairanlah bahawa umat Islam pada hari ini berada dalam pergolakkan. Hanya segelintir dari mereka yang mengendahkan terjemahan AI-Quran tetapi sebahagian besar daripada umat Islam pada hari ini telah hilang pedoman / petunjuk dan haluan yang asal. Mereka mempunyai buku panduan yang agung, yang di buka setiap hari, mereka melafaz ayat-ayatnya dalam solat don doa, tetapi mereka sukar memahaminya sejak MELAFAZ menjadi norma dalam pembelajaran AI-Quran.

    Mari kita lihat kembali AI-Quran sebagai pedoman / pertunjuk. Kita perhatikan apa yang diperkatakan di dalam AI-Quran tentang memahaminya.

    ·        Bahkan yang di dustakan mereka itu ialah AI-Quran (Al-Buruj :21) yang tersimpan dalam Lauh Mahfuz. (AI-Buruj :22)
    ·        Kitab AI-Quran ini, tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa. (AI-Baqarah :2)
    ·        Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-­Quran ataukah hati mereka terkunci? (Quran: Muhammad : 24)
    ·        Orang-orang yang telah Kami berikan Al-Kitab kepadanya, mereka membacanya dengan bacaan sebenarnya, mereka itu beriman kepadanya; Dan barang sesiapa yang ingkar kepadanya, maka mereka itulah orang-orang yang rugi, (Quran:AI-Baqarah : 121)
    ·        Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan AI-Quran untuk pengajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran? (Quran: AI-Qamar: 17, 32, 40)

    Fikir dan Renungkan: Boleh di katakan ramai umat Islam meyimpan banyak ayat-ayat AI-Quran dalam memori mereka yang maknanya mereka tidak faham. Dengan kata lain, keadaan ini sangat menyerupai cakera keras komputer yang penuh dengan data-data yang tidak boleh diguna. Dalam istilah komputer, kita katakan "keadaan ini membazirkan ruang penyimpanan", tetapi bagi manusia saya tidak tahu kesannya sedemikian. Umat Islam mungkin satu-satunya golongan manusia di dunia pada hari ini yang dimuat dengan data-data (ayat-ayat A!-Quran) yang tidak dapat di resapkan ke dalam amalan seharian !

    APAKAH YANG TERJADI?

    Kita lihat persekitaran umat Islam pada masa ini. Di dalam setiap rumah orang Islam, generasi mudanya diajar mengenali abjad Arab. Kemudian mereka beralih kepada melafaz ayat-ayat AI-Quran. Dengan itu, mereka hanya tahu bagaimana untuk melafaz. Tiada satu pun perkataan Arab yang difahami atau ditafsirkan kepada mereka. Jika adapun, pengetahuan mereka tentang ayat dalam bahasa Arab hanya dalam bentuk lisan, sama ada betul atau tidak. Apabila anak-anak ini membesar, mereka akan “membaca" Al-Quran keseluruhannya seperti burung kakak tua. Mereka juga diajar untuk bersolat (mendirikan sembahyang), berdoa, berpuasa, dan sebagainya mengikut amalan-amalan yang ditetapkan dalam Islam, namun sedikit sahaja yang diajar makna ayat-ayat AI-Quran. Normanya: Al-Quran hanya untuk DILAFAZ. Perkataan MEMBACA walau bagaimanapun tidak digunakan dalam keadaan ini. Dari itu manakah datangnya amalan ini? Hanya Allah (SWT) yang tahu !

    Dari zaman kanak-kanak ke zaman remaja, seterusnya ke zaman dewasa, kemudian ke usia tua, purata umat Islam tidak memahami AI-Quran langsung! Mereka hanya mengikut fi’il burung kakak tua. Mereka tidak tahu ajaran-ajaran­nnya secara langsung daripada Kitab Suci AI-Quran, tetapi medapat panduan menerusi pembacaan buku-buku lain dan mendengar daripada Mulla, atau ustaz-ustaz yang sebaik mungkin menyampaikan ajaran-ajaran AI-Quran. Kenyataannya, apa yang mereka belajar daripada AI-Quran, adalah sekeluniit dan secebis sahaja melalui tekaan dan mungkin penuh dengan salah faham yang tidak dapat dielakkan. Apakah yang anda dapat dengan hanya mendengar dan kebanyakan yang didengar adalah daripada sumber-sumber yang boleh diragui? Pemesongan ilmu agama terdapat dalam banyak bentuk.

    Masalah yang kita hadapi ialah orang Islam tidak memahami Al-Quran, dan disamping itu menganggap bahawa mereka mengetahui ajaran-ajaran yang terkandung di dalamnya, tetapi sebenarnya tidak! Sebenarnya sebahagian besar umat Islam adalah jahil dalam memahami AI-Quran. Pada hakikatnya, apabila mereka kembali menemui Allah (SWT), hanya sedikit yang mereka tahu tentang ajaran Al-Quran dan perutusannya. Mereka taat kepada agama mereka, tetapi dengan cara yang jahil. Mereka sepatutnya mampu memahami ajaran Al-Quran dengan sepenuhnya, tetapi secara tidak sengaja mereka amat cetek dalam ilmu pengetahuannya. Adakah minda mereka telah ditutup atau pun hati mereka terkunci ?

    Dan berkatalah Rasulullah (SAW): "Ya Tuhankul Sesungguhnya kaumku menjadikan AI-Quran ini suatu yang tidak di endahkan." (Quran: AI-Furqan : 30)

    Adakah patut Al-Quran menjadi "sesuatu yang tidok diendahkan" bagi umat Islam? Kita, kononnya membaca kandungannya setiap hari, tetapi kita tidak tahu apakah maksud yang kita baca!

    Setiap orang Islam yang akil baligh mesti berkeinginan untuk mengetahui AI-Quran dan memahami ajaran yang terkandung di dalamnya serta membuat amalan yang baik mengikut ajaran Islam. Bagaimanakah seseorang itu boleh memahami sesuatu perkara jika jejaknya ibarat burung kakak tua, yang cuba untuk memahami perkataan-perkataan yang diungkapkan dalam bahasa manusia? Inilah "buta huruf" yang paling tidak nyata. Sepanjang berkurun-kurun berlalu kesalahan menggunakan perkataan "MELAFAZ" bagi “MEMBACA” masih berterusan sehingga ke hari ini.

    BAGAIMANAKAH UMAT ISLAM HARI INI?

    Dengan tidak menggunakan AI-Quran sebagai Pedoman / Petunjuk dan memahami kandungannya dan meletakkannya sebagai asas kepada kehidupan, berikut adalah hasilnya:

    ·        Daripada 1.2 bilion umat Islam di dunia, lebih daripada 1/3 adalah buta huruf (mungkin lebih daripada 1 bilion buta AI-Quran).
    ·        Majoriti umat Islam di seluruh dunia hidup dalam kemiskinan.
    ·        Dalam kebanyakan negara Islam, budayanya masih berasaskan budaya perkauman dan tradisi perkauman turun-temurun. Undang-undang perkauman diambil sebagai "undang-undang Islam" dan ia mengalahkan undang-undang AI-Quran. Mereka yang berilmu daripada sesuatu kaum itu akan mengisytiharkan bahawa undang-undang perkauman mereka adalah undang-undang Islam sebenar. (Adat dijunjung, Agama disinggong)
    ·        Kejadian rasuah paling tinggi berlaku di negara-negara Islam.
    ·        Kejadian rogol dan sumbang mahram paling tinggi berlaku dalam kalangan masyarakat Islam.
    ·        Penganiayaan terhadap wanita semakin menjadi-jadi. Budaya dan sikap cauvinis telah membawa ke arah gejala ini. Sekali lagi kepercayaan yang salah umat Islam bahawa "inferiornya" kaum wanita selama berabad-abad adalah bercanggah dengan apa yang dinyatakan di dalam AI-Quran.
    ·        Penganiayaan terhadap kanak-kanak juga menjadi-­jadi. Selain wanita, kanak-kanak lelaki juga digunakan untuk tujuan seks liwat, yang menggambarkan ciri-ciri budaya umat yang “jahil".
    ·        Membunuh sesama umat Islam dalam peperangan yang tidak diisytiharkan. Membunuh umat manusia yang tidak berdosa di mana-mana tempat di dunia atas nama Islam adalah ciri-ciri kehidupan hari ini,

    Umat Islam pada hari ini sangat keliru. Kitab Pedoman / petunjuk telah menjadi kitab yang "virtual" hanya untuk dilafaz dan bukan dibaca dan difahami. Ajaran AI-Quran telah selesai diturunkan melalui Wahyu, malangnya proses sebaran Wahyu yang agung terhenti dengan datangnya bahasa dunia yang baru. Secara metaforanya, ayat-ayat AI-Quran telah lenyap, bukan daripada muka surat Kitab Suci tersebut, tetapi daripada minda ramai umat Islam. Mengapa tidak, apabila setiap baris AI-Quran yang mereka lafaz, tiada suatu pun makna yang masuk ke minda mereka? Bukan itu sahaja, umat Islam menyimpan dalam memori mereka setiap ayat AI-Quran, seperti kanak-kanak yang mengingati lagu kanak-­kanak tetapi tidak pernah mengetahui makna lagu tersebut. Bagaimanakah mereka boleh meresapkan pengetahuan ilmu AI-Quran ke dalam kehidupan harian mereka dan berpegang kepada prinsip yang terkandung di dalamnya?

    ADAKAH UMAT ISLAM MENGETAHUI AJARANNYA?

    Umat Islam pada hari ini ialah umat Islam keturunan. Islam pada masa sekarang ialah agama yang diwariskan daripada ibu bapa kepada anak-anak dan kepada cucu-cucu dan seterusnya. Cara hidup Islam kemudian diturunkan melalui lisan daripada generasi tua, Mulla dan Ustaz (guru agama) menenerusi pengajaran di rumah, surau clan masjid. Selama berabad-abad, ajaran yang berlainan telah menjalar kedalam ajaran Islam. Ini adalah disebabkan oleh faktor alim ulama' tempatan yang tidak boleh mengongkong keinginan nafsu dan juga kejahilan umat Islam yang tidak memberi perhatian yang benar terhadap AI-Quran.

    Memetik AI-Quran:
    ·        Sesungguhnya (agama tauhid) ini adalah agama kamu semua, agama yang satu dan Akulah Tuhanmu; maka bertakwalah kepada­Ku.
    ·        Kemudian mereka (pengikut rasul-rasul itu) mejadikan agama mereka berpecah-belah mejadi beberapa pecahan, tiap-tiap golongan merasa bangga bergembira dengan apa yang ada pada mereka (masing masing).
    ·        Maka biarkanlah mereka dalam kesesatannya itu sampai suatu waktu. (Quran:AI-Mu'minun : 52- 54)

    Kesimpulannya, ramai umat Islam pada hari ini tidak mengenal AI-Quran mahupun mengikut jalan yang dibentangkan oleh Rasulullah (SAW), walaupun diri baginda itu melambangkan AI-Quran.


    Bayangkan apabila seseorang Muslim itu mengerjakan solat dan ia hanya membaca ayat-ayat AI-Quran tanpa mengetahui apa yang dibacanya.

    Menurut Al-Quran:
    ·        Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat sedangkan kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa kamu ucapkan ... (Quran:An Nisa : 43)

    Daripada ayat-ayat Al-Quran di atas dan implikasinya terhadap umat Islam umumnya, apa yang boleh kita katakan?

    BAGAIMANA KITH SEPATUTNYA MEMBACA TERJEMAHAN AL­QURAN?

    AI-Quran ialah Kitab Pedoman / petunjuk yang indah. AI-Quran mengisahkan banyak cerita, peraturan untuk diikuti, menerangkan tentang fi’il manusia, menyatakan fakta-fakta saintifik, dan sebagainya. Semasa membaca terjemahan Al­Quran, lebih baik pada mulanya membaca teks terjemahan sahaja dan tidak membaca ulasannya atau tafsirnya. Selepas membaca beberapa kali, tandakan ayat-ayat yang anda anggap penting dan serlahkan yang mana perlu. Hanya selepas anda memahami kandungannya dengan baik, barulah anda membaca tafsirnya kerana dikhuatiri berlakunya salah faham.

    Hadis Rasulullah (SAW) menyebut:

    ·        Jika hadith dikatakan daripadaku dan jika ia bersama Al-Quran, terimalah ia: Bagaimana pun, jika hadith dikatakan daripadaku dan is tidak bersama dengan Al­-Quran, tinggolkon ia. - (Jaafor Siddik)

    Hadith di atas adalah TAPISAN utama kepada segala ulasan / tafsiran terhadap AI-Quran yang mungkin tersilap sama ada secara sedar atau tidak. Tambahan itu, apa-apa berkaitan dengan agama yang anda baca, dengar atau belajar, amalkan Al-Quran sebagai tapisan anda, dengan itu anda akan selamat. Pada masa ini terlalu ramai orang menggunakan ayat-ayat AI-Quran yang tidak lengkap atau ditokok tambah atau di kerat-kerat untuk kepentingan peribadi. Tambahan pula, banyak Hadith dan Sunnah yang bertenttangan dengan prinsip Al-Quran di sebarkan. Juga sering Bahan Israiliat di katakan bahan AI-Quran: BERWASPADAILAH ! kerana hanya dengan kefahaman ilmu pengetahuan AI-Quran di dada, bolehlah anda menangkis gejala sedemikian.

    APA YANG BOLEH KITA LAKUKAN?

    Terjemahan AI-Quran kini amat banyak. Oleh itu, saya berpendapat adalah menjadi tugas kerajaan, masyarakat, pemimpin politik, dan organisasi Islam serta Mullah dan Ustaz, keluarga dan individu, untuk:

    ·        mengubah cara umat Islam menganggap Al-Quran ­dan terjemahannya. Inilah masanya untuk umat Islam, )nak-kanak hingga dewasa, memahami maksud ayat­Ion ajaran AI-Quran,
    ·        Di masjid dan surau, selain membaca AI-Quran (dalam bahasa Arabnya) dalam solat, semua doa dan lain-lain h­endaklah dibaca dalam bahasa ibunda jemaah. Membaca AI-Quran di ruang awam hendaklah ciisertakan in terjemahannya.
    ·        Setiap pelajar baligh di sekolah atau pengajian tinggi di beri senaskah terjemahan Al-Quran dengan percurna. Kelas memahami AI-Quran di adakan.

    Hal tersebut diatas boleh menggalakkan pembelajaran bahasa Arab tetapi apa yang penting sekarang adalah untuk menyebar kembali ajaran-ajaran tulen yang dibawa oleh Nabi Muhammad (SAW) ke seluruh dunia.

    Dunia berada dalam keadaan huru-hara dan umat Islam mempunyai cara untuk memperoleh keamanan bagi mereka dan seluruh umat manusia. AI-Quran adalah penyelamat apabila ia diletakkan di hati manusia dan semuanya akan diberi Petunjuk oleh Allah.

    “Jadikan AI-Quran sebagai pegangan hidup anda”
    atau
    “berpeganglah kepada AI-Quran dalam hidup anda"

    BACALAH & FIKIRKAN

    Sila layari situs ini:
    dan fix kan terjemahannya sambil mengikuti bacaan dengan audio.