Monday, June 30, 2014

UNTUK RENUNGAN ANDA


MEMBACA BUKANNYA MELAFAZ:
SUATU KESILAPAN YANG TIDAK DAPAT DISANGKAL

Kajian oleh: MURID FURQAN MAC 2007

Dengan Nama Allah (SWT), yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi
Muhammad (SAW), para sahabat dan kaum keluarganya.

MUKADIMAH

Majoriti besar umat Islam di-abad ke-21 kini telah kabur di persimpangan jalan dalam mencari pedoman / petunjuk. Semuanya disebabkan oleh kesilapan yang tidak sengaja, yang terjadi pada masa lampau, melalui usaha dan amal terutamanya tokoh-tokoh Agama, tanpa disedari, menyebabkan pemikiran umat Islam terbuntu. Inilah pandangan saya, apabila saya menganalisa bentuk kelakuan, sikap dan pemikiran orang Islam di sekeliling saya, rakan-rakan Muslim termasuk kaum keluarga dan sanak­-saudara.

Saya pernah terbabit dalam penyelidikan dan pengurusan bidang Kejuruteraan Elektrik dan Tenaga selama lebih 30 tahun walaupun tidak sepenuhnya. Dengan latar belakang Peyelidikan & Pembangunan (R&D), saya teringat suatu ketika dahulu ketika saya cuba memahami makna Hakikat Kewujudan Diri dan Alam dari kedua-dua perspektif Sains dan Islam. Bagaimanapun, sepanjang pengajian bidang ini yang memakan masa lebih 25 tahun, saya menemui beberapa perkara yang menakjubkan iaitu, norma-norma yang tidak sihat telah tertanam dalam ruang minda umat Islam dirantau ini. Keadaan ini menjadi lebih jelas apabila saya membaca terjemahan AI-Quran. Saya bukan berbangsa Arab dan saya tidak tahu bahasa Arab tetapi saya mendapat pengetahuan tentang AI-Quran menerusi terjemahan Al-Quran dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

Soalan Pertama: Apakah yang saya lihat dalam minda umat Islam? Malangnya, amat sukar untuk mengetahui di sebaliknya, melainkan apa yang digambarkan melalui perwatakkan, sikap dan tingkah laku kebanyakan umat Islam secara umum. Semuanya tidak melambangkan yang positif. Dengan sedemikian saya beranggapan perkara ini disebabkan oleh cara kita melatih minda kita dan anak-anak kita dan cara orang-orang tua kita melatih kita. Sebagai mukadimahnya, saya menyatakan bahawa tiga aspek penting untuk umat Islam belajar al-Quran adalah MELAFAZ, MEMBACA dan MEMAHAMInya, tetapi sayang, tidak dilakukan dan diseimbangkan dengan sebaik-baiknya. Inilah pembuntu minda orang Islam yang terbesar! Oleh itu, apakah maksudnya dan apakah yang sepatutnya kita lakukan - Bacalah seterusnya!

SEBAB-SEBAB

Dalam sistem pembelajaran tradisional seisi rumah dan masyarakat Islam, berkaitan dengan AI-Quran, perkara "MELAFAZ tanpa MEMAHAMI" memang merupakan perkara biasa sejak berkurun lama. Kaedah pembelajaran AI-Quran seperti ini telah mempengaruhi umat Islam sejak kecil sehingga dewasa yang menyebabkan terciptanya budaya burung kakak tua di kalangan umat Islam. Saya berani menyatakan di sini bahawa tiadanya KEFAHAMAN semasa MELAFAZ mempunyai pengaruh yang kuat dan negatif tehadap budaya umat Islam, interaksi dan amalan sosial mereka, dan sebagainya.

Dalam banyak abad, bahasa Arab adalah bahasa umum di dalam dunia Islam, Kedatangan serangan hebat penjajahan menyebabkan bahasa ini hampir pupus dan hanya digunakan di beberapa buah negara yang tidak terjejas akibat penjajahan. Bagaimanapun, dalam rumah orang Islam, bahasa Arab masih kekal dalam bentuk Al-Quran, Kitab Suci Allah(SWT). AI-Quran adalah kitab yang dipelihara oleh Allah(SWT) dan masih kekal keseluruhan isi kandungannya tanpa berubah dalam teks bahasa Arab yang asal sejak lebih 1,400 tahun.

Sebenarnya, daripada 1.2 bilion umat Islam di dunia pada hari ini, bayi di kecualikan, semua daripada mereka boleh melafaz AI-Quran sedikit sebanyak. Setiap rumah orang Islam mempunyai senaskah AI-Quran atau lebih, diletakkan di atas rak atau almari atau di dalam laci. Setiap hari AI-Quran dibuka dan dilafaz. Sembahyang (solat) umat Islam juga dilafaz dalam bahasa Arab kerana kebanyakkan bacaan dalam solat adalah daripada Al-Quran. Malahan doa (selepas solat) juga dilafaz dalam bahasa Arab. Sebahagian besar khutbah adalah dalam bahasa Arab. Oleh itu dari segi istilah MELAFAZ, Al-Quran adalah satu-satunya kitab yang amat dilafaz di dunia ini. Tiada yang setanding dengannya.

IRONINYA

Al-Quran adalah petunjuk daripada Rabul Jalil untuk seluruh Umat Manusia dan Jin. lanya adalah suatu rahmat daripada Allah. Al-Quran merupakan kitab panduan yang mengandungi cara hidup untuk diikuti oleh semua umat Islam dan mereka yang percaya kepada Pencipta yang Maha Esa,

Memetik ayat-ayat Jaripada AI-Quran:

·        AI-Quran itu tidak lain hanyalah petunjuk bagi semesta Alam. (Quran: At Takwir : 27)

Semasa AI-Quran mula diturunkan, perkataan pertama adalah “lqra” yang bermaksud "Bacalah". Al-Quran merupakan kitab pedoman / petunjuk bagi semua umat manusia dan dengan itu bahasa bukanlah penghalang bagi memahami isi kandungannya. Bagaimana jika ia berlaku sebaliknya? Tidak diragui lagi bahawa bahasa pertama AI-Quran ialah bahasa Arab (dan masih kekal sehingga sekarang) dan malah ia dalam bentuk bahasa yang indah / Arab klasik. Malangnya, terjemahan AI-Quran dibuat terlalu lewat. Orang Arab tidak menghiraukan untuk menterjemahkan AI-Quran. Mengapa mereka perlu berbuat demikian? Kerana kebanyakkan negara bertamadun pada masa yang lampau menggunakan bahasa Arab, Oleh itu, mereka membiarkan bukan bangsa Arab yang menterjemahkannya. Pada hari ini, AI-Quran mempunyai terjemahan dalam hampir setiap bahasa di dunia. Tetapi ironinya, majoriti umat Islam percaya kepada kesucian AI-Quran hanya apabila AI-Quran di dalam bahasa Arab, dan dengan itu mereka tidak begitu menghiraukan terjemahannya. Hal ini selanjutnya dibesarkan Iagi terutama oleh para sarjana Arab, dan guru-guru agama (yang terlatih dalam bahasa Arab) yang mempunyai agak sangat sedlikit perhatian dan timbang rasa terhadap jemaah mereka yang tidak memahami bahasa Arab. Sebahagian besar ceramah dan khutbah mereka, mereka hanya merapu dalam bahasa Arab.

Soalon kedua: Berapa ramaikah umat Islam memahami ajaran yang dibawa oleh AI-Quran atau tahu untuk mengamalkan panduan hidup seperti yang terdapat di dalamnya? Ini merupakan soalan yang paling menarik!

Secara purata umat Islam percaya sepenuhnya kepada Al-­Quran, bahawa ia adalah Kitab Wahyu dan melafaznya setiap hari bermakna mendapat pahala daripada Raja Sekelian Alam. Tetapi perkataan "MEMBACA telah disalah faham ertinya dengan perkataan "MELAFAZ" dan dengan demikian, berkurun-kurun lamanya melafaz AI-Quran telah menjadi kebiasaan sehingga ramai umat Islam, lupa untuk MEMBACAnya. Tidak hairanlah, pada hari ini, ramai ahli tahfiz (mereka yang menghafal AI-Quran) tidak tahu apa yang mereka hafalkan dan bacakan walaupun setelah bertahun-tahun kononnya belajar Al-Quran.

Jelas bahawa semasa bahasa Arab dituturkan oleh majoriti umat Islam, istilah melafaz hampir sama maknanya dengan membaca. Apabila seseorang itu melafazkannya, memahami juga apa yang di lafaz. Bagaimanapun, pada hari ini, dengan ketiadaan bahasa Arab sebagai bahasa kedua, MELAFAZ sahaja dalam bahasa Arab, bermaksud tiada ruang bagi seseorang untuk memahami ajaran-ajaran didalam Kitab Suci AI-Quran. Lebih buruk lagi, tiada apa yang boleh difahami tentang ajaran-ajaran AI-Quran untuk digunakan sebagai panduan dalam hidup umat Islam.
(Catatan: kurang daripada ¼  umat Islam di dunia terdiri daripada bangsa Arab dan bukan semua orang Arab boleh memahami bahasa AI-Quran yang indah / klasik).
Tidak hairanlah bahawa umat Islam pada hari ini berada dalam pergolakkan. Hanya segelintir dari mereka yang mengendahkan terjemahan AI-Quran tetapi sebahagian besar daripada umat Islam pada hari ini telah hilang pedoman / petunjuk dan haluan yang asal. Mereka mempunyai buku panduan yang agung, yang di buka setiap hari, mereka melafaz ayat-ayatnya dalam solat don doa, tetapi mereka sukar memahaminya sejak MELAFAZ menjadi norma dalam pembelajaran AI-Quran.

Mari kita lihat kembali AI-Quran sebagai pedoman / pertunjuk. Kita perhatikan apa yang diperkatakan di dalam AI-Quran tentang memahaminya.

·        Bahkan yang di dustakan mereka itu ialah AI-Quran (Al-Buruj :21) yang tersimpan dalam Lauh Mahfuz. (AI-Buruj :22)
·        Kitab AI-Quran ini, tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa. (AI-Baqarah :2)
·        Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-­Quran ataukah hati mereka terkunci? (Quran: Muhammad : 24)
·        Orang-orang yang telah Kami berikan Al-Kitab kepadanya, mereka membacanya dengan bacaan sebenarnya, mereka itu beriman kepadanya; Dan barang sesiapa yang ingkar kepadanya, maka mereka itulah orang-orang yang rugi, (Quran:AI-Baqarah : 121)
·        Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan AI-Quran untuk pengajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran? (Quran: AI-Qamar: 17, 32, 40)

Fikir dan Renungkan: Boleh di katakan ramai umat Islam meyimpan banyak ayat-ayat AI-Quran dalam memori mereka yang maknanya mereka tidak faham. Dengan kata lain, keadaan ini sangat menyerupai cakera keras komputer yang penuh dengan data-data yang tidak boleh diguna. Dalam istilah komputer, kita katakan "keadaan ini membazirkan ruang penyimpanan", tetapi bagi manusia saya tidak tahu kesannya sedemikian. Umat Islam mungkin satu-satunya golongan manusia di dunia pada hari ini yang dimuat dengan data-data (ayat-ayat A!-Quran) yang tidak dapat di resapkan ke dalam amalan seharian !

APAKAH YANG TERJADI?

Kita lihat persekitaran umat Islam pada masa ini. Di dalam setiap rumah orang Islam, generasi mudanya diajar mengenali abjad Arab. Kemudian mereka beralih kepada melafaz ayat-ayat AI-Quran. Dengan itu, mereka hanya tahu bagaimana untuk melafaz. Tiada satu pun perkataan Arab yang difahami atau ditafsirkan kepada mereka. Jika adapun, pengetahuan mereka tentang ayat dalam bahasa Arab hanya dalam bentuk lisan, sama ada betul atau tidak. Apabila anak-anak ini membesar, mereka akan “membaca" Al-Quran keseluruhannya seperti burung kakak tua. Mereka juga diajar untuk bersolat (mendirikan sembahyang), berdoa, berpuasa, dan sebagainya mengikut amalan-amalan yang ditetapkan dalam Islam, namun sedikit sahaja yang diajar makna ayat-ayat AI-Quran. Normanya: Al-Quran hanya untuk DILAFAZ. Perkataan MEMBACA walau bagaimanapun tidak digunakan dalam keadaan ini. Dari itu manakah datangnya amalan ini? Hanya Allah (SWT) yang tahu !

Dari zaman kanak-kanak ke zaman remaja, seterusnya ke zaman dewasa, kemudian ke usia tua, purata umat Islam tidak memahami AI-Quran langsung! Mereka hanya mengikut fi’il burung kakak tua. Mereka tidak tahu ajaran-ajaran­nnya secara langsung daripada Kitab Suci AI-Quran, tetapi medapat panduan menerusi pembacaan buku-buku lain dan mendengar daripada Mulla, atau ustaz-ustaz yang sebaik mungkin menyampaikan ajaran-ajaran AI-Quran. Kenyataannya, apa yang mereka belajar daripada AI-Quran, adalah sekeluniit dan secebis sahaja melalui tekaan dan mungkin penuh dengan salah faham yang tidak dapat dielakkan. Apakah yang anda dapat dengan hanya mendengar dan kebanyakan yang didengar adalah daripada sumber-sumber yang boleh diragui? Pemesongan ilmu agama terdapat dalam banyak bentuk.

Masalah yang kita hadapi ialah orang Islam tidak memahami Al-Quran, dan disamping itu menganggap bahawa mereka mengetahui ajaran-ajaran yang terkandung di dalamnya, tetapi sebenarnya tidak! Sebenarnya sebahagian besar umat Islam adalah jahil dalam memahami AI-Quran. Pada hakikatnya, apabila mereka kembali menemui Allah (SWT), hanya sedikit yang mereka tahu tentang ajaran Al-Quran dan perutusannya. Mereka taat kepada agama mereka, tetapi dengan cara yang jahil. Mereka sepatutnya mampu memahami ajaran Al-Quran dengan sepenuhnya, tetapi secara tidak sengaja mereka amat cetek dalam ilmu pengetahuannya. Adakah minda mereka telah ditutup atau pun hati mereka terkunci ?

Dan berkatalah Rasulullah (SAW): "Ya Tuhankul Sesungguhnya kaumku menjadikan AI-Quran ini suatu yang tidak di endahkan." (Quran: AI-Furqan : 30)

Adakah patut Al-Quran menjadi "sesuatu yang tidok diendahkan" bagi umat Islam? Kita, kononnya membaca kandungannya setiap hari, tetapi kita tidak tahu apakah maksud yang kita baca!

Setiap orang Islam yang akil baligh mesti berkeinginan untuk mengetahui AI-Quran dan memahami ajaran yang terkandung di dalamnya serta membuat amalan yang baik mengikut ajaran Islam. Bagaimanakah seseorang itu boleh memahami sesuatu perkara jika jejaknya ibarat burung kakak tua, yang cuba untuk memahami perkataan-perkataan yang diungkapkan dalam bahasa manusia? Inilah "buta huruf" yang paling tidak nyata. Sepanjang berkurun-kurun berlalu kesalahan menggunakan perkataan "MELAFAZ" bagi “MEMBACA” masih berterusan sehingga ke hari ini.

BAGAIMANAKAH UMAT ISLAM HARI INI?

Dengan tidak menggunakan AI-Quran sebagai Pedoman / Petunjuk dan memahami kandungannya dan meletakkannya sebagai asas kepada kehidupan, berikut adalah hasilnya:

·        Daripada 1.2 bilion umat Islam di dunia, lebih daripada 1/3 adalah buta huruf (mungkin lebih daripada 1 bilion buta AI-Quran).
·        Majoriti umat Islam di seluruh dunia hidup dalam kemiskinan.
·        Dalam kebanyakan negara Islam, budayanya masih berasaskan budaya perkauman dan tradisi perkauman turun-temurun. Undang-undang perkauman diambil sebagai "undang-undang Islam" dan ia mengalahkan undang-undang AI-Quran. Mereka yang berilmu daripada sesuatu kaum itu akan mengisytiharkan bahawa undang-undang perkauman mereka adalah undang-undang Islam sebenar. (Adat dijunjung, Agama disinggong)
·        Kejadian rasuah paling tinggi berlaku di negara-negara Islam.
·        Kejadian rogol dan sumbang mahram paling tinggi berlaku dalam kalangan masyarakat Islam.
·        Penganiayaan terhadap wanita semakin menjadi-jadi. Budaya dan sikap cauvinis telah membawa ke arah gejala ini. Sekali lagi kepercayaan yang salah umat Islam bahawa "inferiornya" kaum wanita selama berabad-abad adalah bercanggah dengan apa yang dinyatakan di dalam AI-Quran.
·        Penganiayaan terhadap kanak-kanak juga menjadi-­jadi. Selain wanita, kanak-kanak lelaki juga digunakan untuk tujuan seks liwat, yang menggambarkan ciri-ciri budaya umat yang “jahil".
·        Membunuh sesama umat Islam dalam peperangan yang tidak diisytiharkan. Membunuh umat manusia yang tidak berdosa di mana-mana tempat di dunia atas nama Islam adalah ciri-ciri kehidupan hari ini,

Umat Islam pada hari ini sangat keliru. Kitab Pedoman / petunjuk telah menjadi kitab yang "virtual" hanya untuk dilafaz dan bukan dibaca dan difahami. Ajaran AI-Quran telah selesai diturunkan melalui Wahyu, malangnya proses sebaran Wahyu yang agung terhenti dengan datangnya bahasa dunia yang baru. Secara metaforanya, ayat-ayat AI-Quran telah lenyap, bukan daripada muka surat Kitab Suci tersebut, tetapi daripada minda ramai umat Islam. Mengapa tidak, apabila setiap baris AI-Quran yang mereka lafaz, tiada suatu pun makna yang masuk ke minda mereka? Bukan itu sahaja, umat Islam menyimpan dalam memori mereka setiap ayat AI-Quran, seperti kanak-kanak yang mengingati lagu kanak-­kanak tetapi tidak pernah mengetahui makna lagu tersebut. Bagaimanakah mereka boleh meresapkan pengetahuan ilmu AI-Quran ke dalam kehidupan harian mereka dan berpegang kepada prinsip yang terkandung di dalamnya?

ADAKAH UMAT ISLAM MENGETAHUI AJARANNYA?

Umat Islam pada hari ini ialah umat Islam keturunan. Islam pada masa sekarang ialah agama yang diwariskan daripada ibu bapa kepada anak-anak dan kepada cucu-cucu dan seterusnya. Cara hidup Islam kemudian diturunkan melalui lisan daripada generasi tua, Mulla dan Ustaz (guru agama) menenerusi pengajaran di rumah, surau clan masjid. Selama berabad-abad, ajaran yang berlainan telah menjalar kedalam ajaran Islam. Ini adalah disebabkan oleh faktor alim ulama' tempatan yang tidak boleh mengongkong keinginan nafsu dan juga kejahilan umat Islam yang tidak memberi perhatian yang benar terhadap AI-Quran.

Memetik AI-Quran:
·        Sesungguhnya (agama tauhid) ini adalah agama kamu semua, agama yang satu dan Akulah Tuhanmu; maka bertakwalah kepada­Ku.
·        Kemudian mereka (pengikut rasul-rasul itu) mejadikan agama mereka berpecah-belah mejadi beberapa pecahan, tiap-tiap golongan merasa bangga bergembira dengan apa yang ada pada mereka (masing masing).
·        Maka biarkanlah mereka dalam kesesatannya itu sampai suatu waktu. (Quran:AI-Mu'minun : 52- 54)

Kesimpulannya, ramai umat Islam pada hari ini tidak mengenal AI-Quran mahupun mengikut jalan yang dibentangkan oleh Rasulullah (SAW), walaupun diri baginda itu melambangkan AI-Quran.


Bayangkan apabila seseorang Muslim itu mengerjakan solat dan ia hanya membaca ayat-ayat AI-Quran tanpa mengetahui apa yang dibacanya.

Menurut Al-Quran:
·        Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat sedangkan kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa kamu ucapkan ... (Quran:An Nisa : 43)

Daripada ayat-ayat Al-Quran di atas dan implikasinya terhadap umat Islam umumnya, apa yang boleh kita katakan?

BAGAIMANA KITH SEPATUTNYA MEMBACA TERJEMAHAN AL­QURAN?

AI-Quran ialah Kitab Pedoman / petunjuk yang indah. AI-Quran mengisahkan banyak cerita, peraturan untuk diikuti, menerangkan tentang fi’il manusia, menyatakan fakta-fakta saintifik, dan sebagainya. Semasa membaca terjemahan Al­Quran, lebih baik pada mulanya membaca teks terjemahan sahaja dan tidak membaca ulasannya atau tafsirnya. Selepas membaca beberapa kali, tandakan ayat-ayat yang anda anggap penting dan serlahkan yang mana perlu. Hanya selepas anda memahami kandungannya dengan baik, barulah anda membaca tafsirnya kerana dikhuatiri berlakunya salah faham.

Hadis Rasulullah (SAW) menyebut:

·        Jika hadith dikatakan daripadaku dan jika ia bersama Al-Quran, terimalah ia: Bagaimana pun, jika hadith dikatakan daripadaku dan is tidak bersama dengan Al­-Quran, tinggolkon ia. - (Jaafor Siddik)

Hadith di atas adalah TAPISAN utama kepada segala ulasan / tafsiran terhadap AI-Quran yang mungkin tersilap sama ada secara sedar atau tidak. Tambahan itu, apa-apa berkaitan dengan agama yang anda baca, dengar atau belajar, amalkan Al-Quran sebagai tapisan anda, dengan itu anda akan selamat. Pada masa ini terlalu ramai orang menggunakan ayat-ayat AI-Quran yang tidak lengkap atau ditokok tambah atau di kerat-kerat untuk kepentingan peribadi. Tambahan pula, banyak Hadith dan Sunnah yang bertenttangan dengan prinsip Al-Quran di sebarkan. Juga sering Bahan Israiliat di katakan bahan AI-Quran: BERWASPADAILAH ! kerana hanya dengan kefahaman ilmu pengetahuan AI-Quran di dada, bolehlah anda menangkis gejala sedemikian.

APA YANG BOLEH KITA LAKUKAN?

Terjemahan AI-Quran kini amat banyak. Oleh itu, saya berpendapat adalah menjadi tugas kerajaan, masyarakat, pemimpin politik, dan organisasi Islam serta Mullah dan Ustaz, keluarga dan individu, untuk:

·        mengubah cara umat Islam menganggap Al-Quran ­dan terjemahannya. Inilah masanya untuk umat Islam, )nak-kanak hingga dewasa, memahami maksud ayat­Ion ajaran AI-Quran,
·        Di masjid dan surau, selain membaca AI-Quran (dalam bahasa Arabnya) dalam solat, semua doa dan lain-lain h­endaklah dibaca dalam bahasa ibunda jemaah. Membaca AI-Quran di ruang awam hendaklah ciisertakan in terjemahannya.
·        Setiap pelajar baligh di sekolah atau pengajian tinggi di beri senaskah terjemahan Al-Quran dengan percurna. Kelas memahami AI-Quran di adakan.

Hal tersebut diatas boleh menggalakkan pembelajaran bahasa Arab tetapi apa yang penting sekarang adalah untuk menyebar kembali ajaran-ajaran tulen yang dibawa oleh Nabi Muhammad (SAW) ke seluruh dunia.

Dunia berada dalam keadaan huru-hara dan umat Islam mempunyai cara untuk memperoleh keamanan bagi mereka dan seluruh umat manusia. AI-Quran adalah penyelamat apabila ia diletakkan di hati manusia dan semuanya akan diberi Petunjuk oleh Allah.

“Jadikan AI-Quran sebagai pegangan hidup anda”
atau
“berpeganglah kepada AI-Quran dalam hidup anda"

BACALAH & FIKIRKAN

Sila layari situs ini:
dan fix kan terjemahannya sambil mengikuti bacaan dengan audio.

Tuesday, June 17, 2014

Surah 1 : Al Fatihah

سُوْرَةُ الْفَاتِحَةِ
Surah 1 : Al Fatihah

Surah Al-Faatihah ini telah diturunkan di Makkah sebanyak 7 Ayat.

 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ {١}

    الرَّحِيمِ الرَّحْمـَنِ اللهِ إِسْمٌ بِـ
    Maha Mengasihani Maha Pemurah Allah nama dengan
             
    dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

 

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ {٢}

  الْعَالَمِينَ رَبِّ اللَّهِ لِ الْحَمْدُ
  sekelian 'alam (Tuhan) Yang Memelihara Allah bagi/untuk segala puji
           
  Tuhan Yang Memelihara (Mentadbir) sekelian 'alam

 

الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ {٣}

            الرَّحِيمِ الرَّحْمَنِ
            Maha Pengasihani Maha Pemurah
               
            Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

 

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ {٤}

          الدِّينِ يَوْمِ مَالِكِ
          pembalasan hari yang memiliki
               
          Yang Menguasai (Pemerintahan) hari pembalasan (Akhirat)

 

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ {٥}

      نَسْتَعِينُ إِيَّاكَ وَ نَعْبُدُ كَ إِيَّا
      kami mohon pertolongan kepada Engkau dan kami sembah Engkau kepada
                 
      kepada Engkau (sahaja) kami sembah dan kepada Engkau (sahaja) kami memohon pertolongan

 

إِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ {٦}

      الْمُسْتَقِيمَ الصِّرَاطَ نَا إِهْدِ
      yang lurus jalan kami tunjukkan
             
      tunjukkanlah kami jalan yang lurus

 

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلا الضَّالِّينَ {٧}

          هِمْ عَلَى أَنْعَمْتَ الَّذِينَ صِرَاطَ
          mereka atas/kepada telah Engkau beri nikmat (segala) yang jalan
                   
          (iaitu) jalan orang-orang yang Engkau telah berikan nikmat kepada mereka

 

 

          الضَّالِّينَ وَلا عَلَيْهِمْ الْمَغْضُوبِ غَيْرِ
          orang2 yang sesat dan tidak (bukan) atas mereka orang2 yang dimurkai bukan
                   
          bukan (jalan) orang-orang yang telah dimurkai dan bukan pula orang-orang yang sesat.

 

Sila layari situs ini:
dan fix kan terjemahannya sambil mengikuti bacaan dengan audio.