Saturday, July 5, 2014

KHUSYUK (KEHADHIRAN HATI) DALAM SOLAT

Siri KULIAH SUBUH

WAJIB MENGETAHUI APA YANG DIBACA DAN KHUSYUK (KEHADHIRAN HATI) DALAM SOLAT

Firman Allah Ta'ala dalam Surah  طه Ayat 14 :
وَأَقِمِ الصَّلاَةَ لِذِكْرِي
Mafhumnya:  Dirikanlah olehmu akan solat untuk mengingatkan aku

Dengan dalil dan keterangan ini diperintahkan kita khusyuk dalam solat, kerana terINGAT itu berlawan dengan LALAI, dan orang yang lali menafikan khusyuk. Maka orang yang lalai disepanjang solatmya tentu tidak dapat dipandang bahawa ia menDIRIkan sembahyang kerana mengingat akan Allah.

Surah الأعراف Ayat 205 :
وَلاَ تَكُن مِّنَ الْغَافِلِينَ
Mafhumnya: Dan janganlah engkau termasuk dari golongan orang-orang yang lalai
Surah محمد Ayat 24 :
أَفَلاَ يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْءَانَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا
Mafhumnya: Mengapakah mereka tidak memahamkan Al-Quran, apakah hati-hati mereka berkunci

Juga terdapat beberapa Sabda Rasulullah (SAW) berkaitan hal ini yang bermaksud:

"Sekiranya khusyuk hati dan jiwa orang itu, tentulah khusyuk segala anggota-anggotanya."

"Hanya solat itu mesti dilakukan dengan tenang dan merendah diri."

"Tiap-tiap solat yang tidak hadhir hati didalamnya, maka orang yang bersolat itu lebih cepat memperoleh seksa."

"Seorang manusia mendapat pahala dari solatnya sekadar yang dapat ia fahamkan."

Maksud dari perintah-perintah ini semestinya hendaklah kita pastikan berlakuya khusyuk dan kehadhiran hati sepertimana yang dinyatakan dalam Firman Allah Ta'ala

Surah النساء Ayat 42:
وَلاَ جُنُبًا إِلاَّ عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىَ تَغْتَسِلُواْ
Mafhumnya: "dan janganlah kamu menghampiri (mengerjakan) solat sedang kamu dalam keadaan mabuk, kecuali kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu ucapkan."

Ayat ini menerangkan bahawa ditegah orang mabuk bersolat kerana mereka tidak mengetahui apa yang diucapkan. Tidak mengetahui apa yang diucapkan juga terdapat pada orang yang lalai, yang ingatan hatinya penuh dengan berbagai-bagai lintasan dan beranika rupa garisan.

Dikala membaca ayat-ayat Al-Quran dan dikala solat hendaklah memahamkan bacaan-bacaan dan dzikir-dzikir yang dibaca, yakni dengan memerhatikan maknanya, kandungannya dan tujuan maksudnya.

Kita diperintahkan bersombahyang (bersolat 5 waktu sehari semalam) adalah untuk menghasilkan beberapa hikmat dan rahsia yang sangat perlu bagi kehidupan kita di alam dunia ini, diantaranya ialah:-
  1. Bagi mengingatkan kita kepada Allah.
  2. Bagi menghidupkan rasa takut kepadaNya.
  3. Membangkitkan rasa tunduk dan khusyuk kepadaNya.
  4. Menumbuhkan dalam lubuk jiwa rasa kebesaran dan ketinggian Allah.
  5. Mendidik kita menjadi orang yang tenang, orang yang dapat menghadapi segala kesusahan dan kesukaran dengan hati yang cekal.
  6. Menghilangkan sifat tamak dan haloba.
  7. Menegah dan mendinding manusia dari perbuatan keji, jahat dan mungkar seumpama tembok yang kokoh kuat antara yang bersembahyang itu dengan maksiat dan kederhakaan.

No comments:

Post a Comment