Friday, July 11, 2014

Riba dalam Al-Quran


Aku baru baca, aku baru faham dan aku kena sampaikan....


يَرْبُو
[30:39] yarbū = melebihi; agar lebih; jadi berlebihan; untuk meningkatkan; membengkak (swell);

لِيَرْبُوَ فِي أَمْوَالِ النَّاسِ
[30:39] liyarbuwa = yuran; amwali alnnas = supaya kekayaan rakyat semakin membesar;

أَرْبَىٰ
[69:10] arba = terlalu banyak; sangat kaya;

ٱلرِّبَوٰا۟
[2:275]; [2:276]; [2:278]; [3:130]; [4:61] ar riba = riba; faedah; peningkatan ke atas jumlah yang diterima atas pinjaman; mengambil lebih daripada ibu (pokok).

لَا تَأْكُلُوا الرِّبَا أَضْعَافًا مُّضَاعَفَةً
[3:130] la takulur riba adhaafan muadha-afatan = Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda (jumlah yang dipinjamkan).

Sistem ekonomi yang dicadangkan oleh Al-Quran tidak mempunyai tempat untuk Riba. Dalam sistem ini, pengumpulan kekayaan (accumulation of wealth) adalah dilarang, apatah lagi persoalan berkaitan dengan Riba; malah soal mengenai pemberian pinjaman hampir tidak timbul. Dalam sistem ini, tiada siapa yang memiliki kelebihan wang; semua diedarkan di kalangan masyarakat; apa-apa undang-undang tentang pinjaman yang terkandung dalam Al-Quran adalah untuk zaman dimana sistem ekonomi Al-Quran belum lagi terbentuk. Dalam sistem ini, tiada siapa pun boleh memberi Hadiah dengan harapan beliau akan mendapat Hadiah lebih besar sebagai balasan.

Dari Quran [30:39]

وَمَا آتَيْتُم مِّن رِّبًا لِّيَرْبُوَ فِي أَمْوَالِ النَّاسِ
"Dan sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan kepada manusia" dengan harapan bahawa ia akan bertambah (sebagai balasan) maka dalam sistem Allah, ia tidak boleh ditambah. Al-Quran telah mengisytiharkan Riba sebagai haram atau dilarang dengan berkata:

Quran [2:275]

وَأَحَلَّ اللَّـهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا
"Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba"

Soalan: Apakah riba atau faedah? Riba mengikut Al-Quran adalah bertentangan dengan bai atau perniagaan dan perdagangan (jual-beli). Apa sahaja yang kita dapat atau ambil dari orang lain boleh jadi banyak perkara yang berbeza; Hadiah, Imbuhan, Kepentingan, Keuntungan (dalam perniagaan), menang judi, dan sebagainya. Mari kita lihat bagaimana perbezaannya: 

1. Hadiah: pemberian yang tidak melibatkan tenaga kerja (buruh) atau penerima menggunakan apa-apa modal untuk itu. Pemberi memberinya tanpa berfikir apa-apa untuk mendapatkan apa-apa sebagai balasan; dengan itu ia tidak boleh dibawa di bawah kategori memberi dan menerima; oleh itu ia adalah di luar skop perbincangan. 

 2. Ganjaran: ini adalah pembayaran bagi tenaga kerja (buruh); modal tidak diperlukan untuk mengupah tenaga kerja didalamnya. 

 3. Faedah: modal diberikan kepada seseorang dan sesuatu yang lebih banyak diterima daripada modal yang diberi. Tidak melibatkan anggota kerja (buruh) yang diupah. 

 4. Keuntungan (perniagaan dan perdagangan): melibatkan modal serta pekerja (buruh) diupah bekerja. 

 5. Judi: tiada modal mahupun tenaga kerja bekerja di dalamnya.


Prinsip didalam Al-Quran.

Dari Quran [53:39];

وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَىٰ
"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;" iaitu hanya pampasan (upah) untuk pekerja dibenarkan (jaayiz). Pampasan untuk kegunaan modal adalah tidak jaayiz atau dibenarkan. Kerana prinsip ini tidak ada dalam masyarakat Arab pada masa itu, mereka tidak dapat memahami adanya perbezaan di antara untung dan riba (faedah). Seorang lelaki membeli sesuatu untuk RM100 dan menjual semula untuk RM10 lebih banyak dan dengan itu memperolehi keuntungan sebanyak RM10; lelaki lain meminjamkan RM100 kepada seseorang dan menerima kembali bayaran sebanyak RM110; beliau juga menerima RM10 lebih banyak. Mereka berhujah bahawa RM10 telah diterima oleh kedua-duanya keatas jumlah pokok yang dipinjamkan, jadi apakah perbezaannya?

Dari Quran [2:275];

ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا
"Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Mereka menangka bai dan Riba sebagai sama, tetapi Al-Quran berkata bahawa bai dan Riba adalah tidak sama. Dalam bai (iaitu perdagangan dan perniagaan), modal dan pkerja (buruh) diambil bekerja; modal dikembalikan dan keuntungan dalam bentuk pampasan diperolehi oleh peniaga - ini halal atau dibenarkan, tetapi dalam Riba dimana hanya modal terlibat; tiada pekerja (buruh) yang diperlukan daripada pelabur. Oleh itu apa sahaja lebihan pulangan yang diterima adalah pampasan untuk modal yang diberi dan ini adalah dilarang atau haram: oleh itu menurut Al-Quran ganjaran bagi buruh halal tetapi ia haram untuk mengambil kembali lebih daripada modal pokoknya.

Jika dalam perdagangan pun, sekiranya seseorang mengambil lebih daripada pampasan bagi pekerja (buruh), maka itu adalah Riba dan adalah dilarang. Apakah betul upah atau ganjaran bagi pekerja (buruh) itu akan ditentukan oleh nilai pasaran (market value) - beliau tidak boleh mengambil lebih dari itu. Oleh itu, apa-apa perdagangan atau perniagaan di mana seseorang hanya dengan menggunakan modal mendapat kembali lebih daripada modal pokok adalah Riba dan mengikut Al-Quran, haram atau dilarang. Sama ada ianya bayaran sewa tanah atau menjadi rakan kongsi tidur (sleeping parther) dalam beberapa perniagaan, ini dipanggil pendapatan yg tidak diperolehi (un-earned income) iaitu pendapatan yang diterima tanpa melibatkan sebarang pekerja (buruh).

Dan apabila tidak ada modal atau buruh bekerja, maka itu adalah judi. Dalam perdagangan atau perniagaan, modal + ganjaran bagi buruh diterima kembali; manakala dalam Riba, imbuhan pada modal + penggunaan modal diterima. Ganjaran bagi modal adalah haram; sama ada ia dipanggil sood (faedah) atau keuntungan (profit). Menurut model ekonomi Al-Quran, ganjaran bagi modal tidak dibenarkan.

Jika sistem Islam masih belum dapat diwujudkan dalam masyarakat, apabila tanggungjawab bagi keperluan hidup tidak ada pada masyarakat, maka pulangan modal + satu hari kerja dengan peniaga (pembekal/peruncit) boleh dibayar pampasan; dan apabila masyarakat Islam memenuhi keperluan peniaga (pembekal/peruncit) maka barangan (goods and services) seharusnya dibekalkan secara percuma.

Allah sahaja yang tahu berapa banyak masa diperlukan untuk masyarakat mewujudkan satu sistem Islam, tetapi banyak mana masa sekalipun yang diperlukan, manusia boleh mengeluarkan diri mereka dari neraka ciptaan sendiri (self-made hell) ini apabila mereka berjaya menubuhkan sistem tersebut. Dalam sistem sekarang di mana ganjaran bagi penggunaan modal difikirkan halal dan tidak kotor, manusia seolah-olah dalam keadaan berperang terhadap Allah dan RasulNya.

Dari Quran [2:279];

فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِّنَ اللَّـهِ وَرَسُولِهِ ۖ وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُءُوسُ أَمْوَالِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُونَ
"Maka jika kamu tidak melaksanakannya (meninggalkan sisa Riba), maka ketahuilah, akan adanya peperangan oleh Allah dan Rasul-Nya terhadapmu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka kamu berhak kepada pokok asal (modal) hartamu; (dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

No comments:

Post a Comment